Feeds:
Posts
Comments

Archive for June 17th, 2011

SMS adalah satu saluran melalui telefon bimbit yang membenarkan pengguna menghantar-menerima mesej. Mesej boleh boleh dihantar dalam ayat penuh dan ejaan lengkap dalam konteks komunikasi formal.

Mesej SMS boleh juga dihantar menggunakan kod tertentu yang berbentuk singkatan, ringkasan, akronim, emotikon, ikon, imej, dan simbol dalam konteks tidak formal. Jika hubungan penghantar dan penerima itu akrab atau mesra, penggunaan kod SMS ini tidak salah dalam konteks tidak formal kerana mereka sama-sama memahami akan kod yang dihantar. Ia menjadi kesalahan pada umum apabila kod SMS digunakan dalam tulisan rasmi atau paparan umum seperti buku, majalah, tugasan rasmi di sekolah atau pejabat, akhbar, dan TV.

Bagaimana dengan penggunaan kod SMS dalam blog? Bagaimana dengan Facebook? Twitter?  Bukankah penggunaan kod SMS itu menjadi paparan umum? Apakah remaja dan kanak-kanak tidak akan meniru penggunaan kod berkenaan dan menulisnya semula dalam tugasan di sekolah.

Pertama, kita tidak harus salahkan bahasa SMS dan teknologi.  Penggunaan kod SMS bergantung kepada tujuan komunikasi dan tahap hubungan.  Jika komunikasi itu bersifat peribadi, maka ia tidak menjadi kesalahan.

Jika ditulis dalam blog dan FB untuk komunikasi peribadi, seharusnya ia tidak menjadi kesalahan menggunakan kod SMS. Itu adalah hak peribadi. Walaupun kod SMS digunakan dalam FB itu menjadi paparan umum, kelompok “umum” hanya dalam kalangan rakan-rakan yang terpilih bukan untuk semua orang seperti dalam akhbar dan TV yang menjadi tatapan umum secara meluas.

Di dalam blog, terdapat penggunaan kod SMS misalnya dalam blog http://azuzafu.com/bahasa-sms:

“Apew nk kcoh2 nih… dowg xwat dlm xm r… manadew… dowg taw nk tulih yg btl nyew….”

“K pew… gmat krdt… nk taip pjg2 nnt xmuat sms dowh….”“Ala dowg leh phm nyew…”

Der… ko sure kew sme owg phm apew yg ko tulih? Ko sdar x yg ko leh wt owg slh phm ngan ayat cacat ko itew? Dh lh cacat hdh cm **** ko igt best kew? Ko taw x ble ko tulih cm2, owg2 cm aq otomtk katew ko b**dh?

Ko ckp dak2 itew x gunew bhse cmni dlm xm…. Ce ko p skool2….. ko jmpew cgu…. ko tny dowg apew yg wat dowg slalu 10sen bilew markg paper stdnt…. Ko igt mendew nih x siyes kew? Ko idop zmn bilew nih?

Sonok kew tulih cmni? Cacat ko taw x… cacat gilew dowwh!!!

Tujuan penulis berkenaan memaparkan kod SMS ini ialah sebagai contoh sahaja betapa sesetengah orang yang menulis kod SMS boleh menimbulkan kebimbangan masyarakat terhadap kod SMS seperti itu. Saya percaya penulis blog berkenaan tidak bertujuan menggalakkan orang lain melakukannya. Tetapi adakah kita tidak terfikir kod ini tidak akan dikutip oleh orang lain dan menggunakannya? Sudah pasti ada. Adakah ia salah? Tidak salah kalau ia untuk tujuan peribadi.

Walaubagaimana pun, sebagai ahli bahasa dan pendidikan, saya percaya kebanyakan kita bersetuju dengan usaha untuk memulihara jatidiri Bahasa Melayu walaupun kita menggunakan kod SMS dalam bahasa Melayu.  Dalam ertikata lain, kita boleh gunakan kod SMS tetapi dalam keadaan yang terkawal dan tidak melampau serta tidak mencemarkan bahasa kita. Dengan demikian Bahasa Melayu dapat dilesatarikan dan sentiasa relevan dengan peredaran zaman. Kajian saya mendapati ada 2 dari 10 kategori kod SMS sahaja yang dianggap boleh merosakkan bahasa Melayu sepertimana yang telah dijelaskan dalam tulisan saya di blog ini: (1) ejaaan kod SMS yang melampau dan (2) kod SMS yang dimelayukan dari bahasa lain.

Jika kita ambil contoh kod di atas, bolehkah kita tulis semula kod SMS itu dalam bentuk jatidiri Bahasa Melayu?

Read Full Post »