Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘General’ Category

Negara Singapura dulu, namanya adalah Temasek adalah asalnya milik Kesultanan Johor. Ia dipenuhi dengan kampung-kampung Melayu yang merupakan penduduk asal dan penduduk di Alam Melayu sebelum adanya negara Malaysia, Singapura, Indonesia atau Brunei.

Temasek adalah satu pulau di Alam Melayu yang merupakan sebahagian dari Semenanjung Tanah Melayu terpisah oleh Selat Tebray. Semasa Belanda sampai ke Temasek, para ilmuwan Belanda menyatakan ia adalah sebuah pelabuhan kecil yang sibok. Di zaman Empayar Melaka, Selat Melaka lebh terkenal dari Selat Terbrau. Selat Melaka menjadi pusat perdangangan dan pelabuhan antarabangsa yang menghubungkan Barat dan Timur. Manakala Selat Tebrau adalah pelabuhan kecil yang bersambung dari Selat Melaka yang lebih luas dan besar dari Selat Tebrau.

Apabila Inggeris sampai ke Alam Melayu, mereka berebut tanah-tanah di Alam Melayu. Pada awalnya Inggeris menguasai Batawi iaitu Pulau Jawa, manakalan Belanda menguasai Melaka, Singapura, dan Sumatera. Melalyu perjanjian Inggeris Belanda, Melaka dan Singapura diserah kepada Inggeris manakala Batawi diserah kepada Belanda.

Susulan dari itu, Inggeris telah mengambilalih pelabuhan Singapura dan Melaka dari Belanda. Ahli sejarawan Inggeris mendakwa Sir Stamford Raffles “menjumpai” Singapura dan “membuka” Singapura yang dulunya, mengikut naratif Inggeris, adalah kampung-kampung nelayan yang kecil. Di sinilah penipuan dan penyelewengan ‘fakta sejarah” oleh ahli sejarawan Inggeris sedangkan Belanda sampi lebih dahulu dari Inggeris ke Singapura, dan ahli sejarwan Belanda mengatakan Singapura adalah sebuah pelabuhan kecil. Ia bukan kampung biasa, bukan kampung nelayan, tapi sebuah pelabuah yang sudah tentu sibok dengan kapala-kapal bersimpang siur melalui Selat Tebrauu.

Read Full Post »

Garis Panduan Pendaftaran Pengamal PTK Tempatan

NOSS SKM3

Catatan keputusan Mahkamah: DS, SKM- I-Shifa

Read Full Post »

Sejarah yg mengasyikkan dan menginsafkan. Tanah Melayu adalah semenanjung emas. Patutlah Portugis, Belanda, Inggeris, India, China, Jepun datang ke Tanah Melayu di Pentas Sunda ini.

—petikan dari FB Winda A

  

ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU BHG 7

Semakin menarik 😉

Pada tahun 1998,seorang sarjana kelahiran British telah menerbitkan kajiannya yang berjudul Eden in the East: The Drowned Continent of Southeast Asia,telah mengungkapkan konsep Sundaland,berdasarkan bukti-bukti geografi dan antropologi mengatakan bahawa penduduk Nusantara berasal dari satu peradaban purba yang maju disebut Sundaland ini.Kemudian akibat dari sebab-sebab perubahan cuaca dan geografi seperti bencana alam,bangsa Sundaland ini telah berpindah ke lain-lain kawasan di dunia dan menimbulkan kaum-kaum baru.Teorinya telah menimbulkan kegemparan dan kontroversi di kalangan cendekiawan arkeologi dan antropologi sejak ramai sarjana mula berminat dengan teori tamadun manusia sebenarnya bermula di kawasan Asia Tenggara bukannya di Timur Tengah,atau sekurang-kurangnya wujud pada selang masa yang tidak begitu jauh.

Dua pentas benua, Pentas Sunda dan Pentas Sahul sememangnya menimbulkan misteri kepada pakar-pakar geografi sejak sekian lama.Jika Pentas Sunda diangkat,seluruh Kepulauan Melayu sebenarnya menjadi satu benua baru yang besar.

Inilah asas kepada Teori Lemuria-Atlantis seperti yang diutarakan oleh Profesor Arysio Santos.

Terdapat perbezaan ketara di antara pandangan orientalis-imperialis Barat, dengan para sarjana dan cendekiawan mereka tentang dunia Melayu dan bangsanya.

Sebahagiannya mengetahui satu rahsia,tetapi mendiamkan diri dan cuba menutup-nutupnya,sesetengahnya yang lain mula mencari-cari rahsia itu dan cuba berfikir tentangnya.

Beribu tahun dahulu,satu rombongan dari Kerajaan Israel Raya kelihatan berlayar ke Timur.Ketua mereka sedang mencari arah perjalanan satu wilayah yang pernah dikunjungi kerajaan Mesir Kuno dahulu.Mereka sedang mencari sesuatu yang amat berharga.Sesuatu yang membuatkan tempat itu dinamakan sempena dengannya.

“THE KING SOLOMON’S MINES”

“It cannot be valued with the gold of Ophir, with the precious onyx, or the sapphire”

(Book of Job 28:16 -King James Version)

Untuk membuka peti-peti rahsia di ‘Gua Rahsia’ kita perlu tahu katakuncinya (password) terlebih dahulu.Tetapi ada peraturannya.Peraturannya ialah MANUSIA BERUBAH MENGIKUT PEREDARAN ZAMAN.Sebagaimana perubahan Bahasa Melayu dari zaman ke zaman,begitu juga bangsanya.Kita tidak boleh membayangkan seorang pedagang Melayu yang sedang berniaga rempah dan kayu-kayu cendana di lorong-lorong bazar di Kota Uruk,Sumeria serupa dengan Abang Mat yang berniaga ikan di pasar malam di Teluk Intan pada hari ini misalnya.Kita tidak boleh membayangkan seorang gadis Melayu yang berkahwin dengan seorang raja Chaldea misalnya sebagai tanda persefahaman ekonomi dan politik lebih 1500 tahun dahulu adalah berbaju kebaya atau berbaju kurung dan berselendang merah jenama ‘Samarinda’.Antara kesilapan ketara peti-peti ini tidak boleh dibuka walaupun diberi katakunci ialah SUDUT PANDANGAN YANG SALAH diberikan sewaktu menafsir rahsia di dalam peti.Bukan sahaja pakaian malah namanya juga pun boleh berbeza.Kita tidak boleh mengatakan nama seorang raja,Fan Shih-Man adalah seorang Cina hanya kerana namanya bukan Kasim Selamat Bin Pak Man (Fan Shih-Man adalah gelaran yang diberikan oleh orang China Purba kepada seorang raja Melayu Funan).Atau Cambhuwarman mahupun Parameswara adalah seorang India yang serupa dengan Encik Gopal,jiran sebelah rumah kita misalnya,yang menjadi raja memerintah negarakota-negarakota bangsa Mala (tidak kira yang keMelayuan atau KeJawaan) hanya kerana namanya bukan Ali Bin Abu atau Wak Kandar Bin Wak Seman.

Jika anda mempunyai asas yang kuat dalam kronologi sejarah bangsa anda,anda tidak akan terperangkap dengan teori Hang Tuah berasal dari Cina hanya kerana terdapat peristiwa rombongan Hang Li Po di Melaka.Hanya orang yang tidak pernah membaca biografi Hang Tuah sahaja yang mula goyang tidak semena-mena apabila ditunjal oleh teori-teori yang pelik sebegini.Mengapa tidak mengambilkira teori yang lebih awal seperti Hang Tuah yang berasal dari Pulau Duyung,atau dari Orang Laut atau dari sukukaum Bugis-Makasar.Ini lebih meyakinkan dari mereka-reka nama Melayu seperti Tuah kepada Too Ah atau Jebat kepada Jee Fat.Jika Hang Tuah hidup di zaman ini sekalipun dan tiba-tiba melihat anak-anak Melayu berpogo di gig-gig punk,beliau tidak akan mengenal bangsanya sendiri,dan mungkin menyangka mereka adalah askar Rom yang tengah berpesta kemenangan akibat gaya rambut trojan mereka.INGAT!MANUSIA BERUBAH MENGIKUT PEREDARAN ZAMAN.Terutama sekali bangsa Melayu yang terkenal sebagai bangsa pelaut dan pedagang pada masa dahulu,tinggal di Nusantara yang strategik sebagai laluan perdagangan antarabangsa,mudah menyerap tamadun asing dan gemar berinteraksi dengan bangsa asing yang lain.

Kita lihat kembali katakunci yang baru terkumpul:

Gunung

Laut

Pantai

Pulau

Bunga

Wangi-wangian

Nusantara

Pelbagai bangsa

Nabi Ibrahim

Budaya Vedic

Anak-anak Keturah

Madyan

Madai/Madayu

Malai/Malayu

Iskandar Zulkarnain

Parsi

Nabi Nuh

The Land of The Gods

Sundaland

Mesir Kuno

Rempah dan kemenyan

Judah

Nabi Sulaiman

Ophir

Gunung Ledang

Suvarnabhumi

Golden Chersonese

EMAS

Kita akan lihat beberapa katakunci baru ini dan apa yang akan dapat kita buka jika menggunakan katakunci ini.Ingat,hanya orang Melayu yang berdarah Melayu sahaja yang boleh menimbulkan ‘instinct’ menjejak asal-usulnya.Sesetengahnya akan terbuka ‘vision’ dengan sendirinya apabila melihat katakunci sahaja.Sesetengahnya perlukan masa,mengkaji dan mengkaji.Sesetengahnya berputus asa,dan menganggap dirinya berasal dari orang Cina,dari Yunnan atau pendatang asing juga,entah dari mana,dari Planet Zargus agaknya.’Madyan’ adalah satu bangsa yang disatukan dengan suku-suku Parsi yang lain oleh Cyrus The Great yang dikatakan orang yang sama dengan Iskandar Zulkarnain dalam AlQuran.Jadi cuba semak kembali Sejarah Melayu,kenapa kitab ini mendakwa raja-raja Melayu berasal dari Iskandar Zulkarnain.Abaikan kata ‘Makaduniah’ kerana perkataan ‘ Zulkarnain’ itu didapati dari teks AlQuran dan kata ‘Makaduniah’ tidak pula muncul dalam AlQuran.Ingat,di permulaan kitab itu,Tun Seri Lanang ada menyebutkan kata ‘Goa’.Kekeliruan terjadi disini apabila ilmuwan mencari-cari siapakah Iskandar Zulkarnain itu,dan sarjana India mencadangkan Iskandar Makaduniah (Macedon) sebagai maksud ‘Iskandar Zulkarnain’ itu.Alexander The Great memang terkenal dalam sejarah India sebab beliau pernah menyerang benua itu satu masa dahulu.Jika Sejarah Melayu menyebutkan kata ‘Iskandar Agung’ ini boleh diterima kerana bertepatan dengan gelaran yang diberi oleh sarjana Macedonia,Athens dan Rom kepada raja itu.

Tetapi dari mana datangnya ‘Zulkarnain’ ini?’Zulkarnain’ bermaksud pemilik dua tanduk,dan tidak pula raja Yunani itu bergelar Alexander ‘The Two Horns Keeper’.Tetapi pada ukiran Cyrus The Great di Persepolis,gambar raja Parsi itu menunjukkan mahkotanya terdapat dua cabang besar di atasnya.Dan kebiasaan raja purba dahulu terutama di kawasan Timur Tengah,para pengikut raja menghormati raja mereka dengan tidak memanggil nama raja itu tetapi gelarannya.Mereka tidak memanggil,”Wahai Tuanku Iskandar” tetapi dengan gelaran “Wahai Pemilik Dua Tanduk” menunjukkan kemegahan dan penghormatan kepada raja besar itu.Sama seperti Nabi Muhammad s.a.w.Baginda kerapkali dipanggil oleh para sahabat sebagai “Ya Rasulullah…” bukannya “Ya Muhammad….”

Dari kata ‘Rempah dan Kemenyan’ kita boleh tahu pada masa dahulu perdagangan rempah,kayu-kayan dan herba adalah ekonomi utama bangsa Malayo-Polynesian pada zaman purba.Pada zaman dahulu (juga hingga kini) laluan Kepulauan Melayu adalah laluan kapal-kapal perdagangan antara China,India dan Barat (Timur Tengah).Satu teori yang munasabah ialah,rempah-rempah ini sampai dahulu ke tangan para pedagang India,kemudian oleh bangsa Aryan (Parsi) yang membawanya ke Tanah Arab dan Sumeria dan kemudian diketahui oleh para Firaun dan ahli sihir dirajanya.Para pedagang India dan Melayu telah sekian lama berurusan sejak beribu tahun dahulu dan tidak hairanlah kerajaan-kerajaan Melayu dahulu telah ‘diindiakan’ sebagai pertukaran budaya kerana sebab-sebab keagamaan.Fikirkan,jika kita katakan bahawa Tamadun China itu adalah agung,hebat dan sememangnya menjadi ‘kuasa besar’ di sebelah Timur,bagaimana empayar-empayar seperti Babylon,Chaldea,Sumeria,Median dan Parsi berhubungan dengan mereka?Pada masa dahulu jalan darat ke China adalah satu mitos sebab itu apabila Marco Polo berjaya mencari jalan darat ke China,masyarakat Barat berasa amat pelik dengan barangan yang dibawa oleh Marco Polo dari China.Marco Polo juga diketahui cuba untuk menutup panduan jalan darat ke China kerana dengan itu hanya dialah yang mampu memonopoli jualan barangan dari China.PADA MASA DAHULU MEREKA BERHUBUNGAN MELALUI JALAN LAUT dan mahu tidak mahu terpaksa melalui Kepulauan Melayu.Daripada mereka menyeberangi dataran-dataran tinggi China,gurun dan padang-padang steppe berbahaya dan berhadapan dengan kaum-kaum barbarian,nomad juga Monggol,lebih baik mereka berlayar dengan kapal-kapal.Ini lebih mudah dan sudah tentu raja-raja Judah misalnya akan bertemu dengan pelaut-pelaut Melayu yang peramah dan terlebih mesra dengan bangsa asing ini,bukan kaum nomad yang ganas dan hauskan kepala manusia.

Pada masa dahulu emas dianggap simbol kekayaan dan keagungan.Orang yang memiliki emas adalah dianggap orang kaya yang terhormat.Emas dijadikan perhiasan,mahkota dan pinggan mangkuk.Emas juga dijadikan matawang dan disadur ke dinding istana dan kuil-kuil.Warna emas yang kuning kemilau menjadi rebutan pelbagai bangsa dan empayar-empayar.Sesiapa yang dapat menguasai tempat emas dihasilkan;dia akan menjadi raja dan menguasai kekayaan.Emas melambangkan tuah,dan tempat yang dinisbatkan dengan nama emas ini adalah bumi bertuah dan menggamit kekayaan tiada hentinya.Ramai yang mati akibat perebutan logam berharga ini.Ramai pula yang mengaut keuntungan darinya.Bangsa yang tinggal di tempat emas dihasilkan bukanlah bangsa picisan yang masih duduk di atas pokok dan bermain dengan tupai,tetapi bangsa yang mengenal apa itu emas merah,emas tulen dan kekayaan.Bangsa yang dikaitkan dengan logam ini mustahil tidak dikunjungi oleh pelbagai bangsa lain;sama ada sebagai kunjungan perdagangan mahupun asakan peperangan,merebut lombong-lombong kekayaan bangsa tersebut.BANGSA YANG MENGENAL CAMPURAN 7 JENIS BESI DAN KEMAHIRAN MENEMPA LOGAM UNTUK SENJATA mustahil tidak mengenal nilai kekayaan emas.Apakah itu besi Kursani?

Manuskrip-manuskrip purba telah mengenal satu kawasan di dunia yang dipanggil ‘BUMI EMAS’ walaupun lombong-lombong emas juga diusahakan di Afrika dan oleh orang Nubia,namun tempat mereka tidak pula terkenal sebagai ‘semenanjung emas’,’pulau emas’ mahupun ‘bumi emas’.Namun sejak berabad lamanya nama Suvarnabhumi meniti dikalangan bibir para Brahmin yang membaca kitab Purana dan Ramayana merujuk satu wilayah yang kaya dengan emas.

The Golden Chersonese

Nusantara adalah satu gelaran yang mula-mula dikesan dipakai oleh Patih Gajah Mada sekitar tahun 1360 Masehi,namun tahukah anda apakah gelaran antarabangsa 2000 tahun dahulu kepada Nusantara ini?Gelaran politik antarabangsa kini kepada dunia Nusantara adalah Southeast Asia atau Asia Tenggara.Tetapi pada zaman dahulu para Kaisar Rom,Kisra Parsi dan raja-raja Yunani mengenal wilayah ini sebagai ‘wilayah emas’.Dari manakah gelaran ini berasal?

Gelaran ini berasal dari kitab-kitab purba Hindu seperti Puranas, Ramayana, Arthasastra, Raghuvamsa yang ada menyebutkan nama Nusantara ini.Dan ia sebenarnya berasal dari Tamadun Aryan yang bersambung pula dengan empayar-empayar Tamadun Sumeria seperti Babylon,Ur,Kish dan Uruk.Jika sudah terdengar oleh raja Chaldea,Assyria dan Babilon,sudah pasti raja-raja Israel dan Judah mendengarnya juga.Mengikut kitab-kitab Hindu ini,Nusantara pada zaman kuno terbahagi kepada dua bahagian:

*Suvarnabhumi (Bumi Emas-Semenanjung Tanah Melayu)

*Suvarnadvipa (Pulau Emas-merujuk kepada Pulau Sumatera terutamanya serta Pulau Jawa)

Di dalam naskah Buddha yang paling tertua juga iaitu Jataka ada menceritakan perjalanan pelaut-pelaut India Kuno berlayar hingga ke Suvarnabhumi.Dalam Ramayana,ada disebutkan Suvarnadvipa,tempat dimana Rama mencari Sita yang diculik Ravana.LIHAT, KISAH-KISAH KUNO HINDU ADA MENYEBUTKAN NUSANTARA INI.Jika kita melihat hikayat Ramayana ini,Rama dan Sita adalah setaraf dewa-dewi Hindu dan dewa-dewi Hindu pun menamakan pulau-pulau Melayu sebagai ‘Pulau Emas’.Di dalam Kathasagaras,satu kitab kuno India ada menyebutkan Nusantara ini ‘the fabulous Land of Gold’-iaitu Tanah Emas Yang Menakjubkan, sama seperti yang diutarakan oleh Kitab Buddha Jataka.Apakah maksud ‘menakjubkan’ itu?Adakah mereka bertemu dengan orang Melayu yang bercawat dan tinggal di atas pokok sambil bermain dengan tupai dan melukis gambar awan di batang pokok lalu para dewa-dewi atau bangsawan India ini mengatakan “Wow!Menakjubkan!”?

Jika banyak terdapat emas sekalipun di sini bagaimana Tamadun India Kuno mengetahuinya jika tidak mereka melihat kesan-kesan fizikal darinya.JIka para raja-raja atau dewa-dewi Hindu ini sampai ke pulau-pulau Melayu yang dipenuhi hutan rimba sahaja adakah ini layak digelar ‘the fabulous Land of Gold’??

SEBENARNYA MEREKA TELAH MENEMUI SATU TAMADUN YANG MENGGUNAKAN EMAS SECARA BERLELUASA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN.Mungkin mereka menemui istana emas,raja-raja yang memakai mahkota emas,permaisurinya memakai gelang dan dokoh emas.Ada kemungkinan para dewa-dewi ini berurusan dengan pedagang Mala menggunakan matawang emas.Mungkin ketika itu terselit keris emas dipinggang seorang laksamana Melayu.

Seorang pendeta dan pengembara China; I-Tsing (634-713), yang bertahun-tahun menetap di Sriwijaya (Palembang) pada abad ke-7, menyebut pulau Sumatera dengan nama Chin-chou yang bererti ‘Negeri Emas’.Ini tidak menghairankan kerana ketika itu Emperor-emperor Melayu Sriwijaya telah mampu mengeluarkan matawang emas.

Berabad-abad lamanya para musafir Arab menyebut pulau Sumatera dengan nama Suwarandib dan kemudian orang-orang Melayu era Klasik menyebutnya sebagai Tanah Serendib (rujuk Sejarah Melayu), di mana kata ‘Suwarandib’ ini sebenarnya adalah penjelmaan dari nama ‘Suvarnadwipa’ dalam lenggok lidah orang Arab. Abu Raihan Al-Biruni, ahli geografi berbangsa Parsi yang mengunjungi Sriwijaya pada tahun 1030 Masehi, ada mencatatkan bahawa negeri Sriwijaya terletak di Pulau Suwarandib;Pulau Emas yang menakjubkan itu.

Pada zaman dahulu sekiranya pedagang India tidak memperolehi emas dari pedagang Parsi dan Yunani,mereka akan berlayar ke Nusantara untuk mendapatkan bekalan emas,bagi perhiasan istana dan kuil-kuil mereka.Sejak Emperor Vespasian dari empayar Rom menghentikan bekalan syiling emas kepada para pedagang India;disebabkan ketidakseimbangan ekonomi akibat pembelian emas besar-besaran oleh pedagang India ini,mereka terus tertumpu ke Suvarnabhumi;Nusantara untuk mendapatkan bekalan emas.

Di kalangan bangsa Yunani purba, Pulau Sumatera sudah dikenali dengan nama Taprobana. Nama Taprobana Insula telah dipakai oleh Claudios Ptolemy, ahli geografi Yunani abad kedua Masehi, tepatnya tahun 165, ketika beliau menghuraikan daerah Asia Tenggara dalam karyanya Geographike Hyphegesis. Ptolemy menulis bahwa di Pulau Taprobana terdapat negeri Barousai.Mungkin sekali negeri yang dimaksudkan adalah Barus di pantai barat Sumatera, yang terkenal sejak zaman purba sebagai penghasil kapur barus;juga tumpuan para pedagang Mesir Kuno untuk mendapatkan rempah-rempah bagi mengawet mumia misalnya.

Naskah Yunani tahun 70 Masehi, Periplous tes Erythras Thalasses, mengungkapkan bahwa Taprobana juga dijuluki Chryse Nesos, yang ertinya Pulau Emas.

OLEH ITU,TIDAK HAIRANLAH PTOLEMY MENAMAKAN SEMENANJUNG TANAH MELAYU SEBAGAI ‘GOLDEN CHERSONESE’ nama antarabangsa baginya ketika zaman kuno dahulu,nama yang diberikan oleh para Firaun dan Emperor Babilon,juga raja-raja India malah dewa-dewi mereka juga membisik-bisikkan nama ‘Pulau Emas Yang Menakjubkan’ sesama mereka di dalam hikayat Ramayana dan Purana.

Jika Ptolemy menamakan semenanjung ini sebagai ‘Monkey Chersonese’ sudah tentu dirinya akan dihina dan diperlecehkan oleh para sarjana Yunani dan Parsi,mungkin petanya tidak dipedulikan atau dibakar kerana mengelirukan para pengembara dan pedagang lain

Telah diterangkan di dalam siri ATBM sebelumnya bahawa pada zaman purba Nusantara terkenal dengan pengeluaran rempah ratus,kemenyan dan wangi-wangian.Para pedagang,raja-raja dari daerah sekitar Laut Tengah sudah mendatangi Nusantara,terutamanya Pulau Sumatera.Di samping mencari emas,mereka turut mencari kemenyan (styrax sumatrana) dan kapur barus (dryobalanops aromatica) yang saat itu hanya ada di Sumatera. Sebaliknya, para pedagang Nusantara pun sudah memperdagangkan komoditi mereka sampai ke Asia Barat dan Afrika Timur,sebagaimana tercantum pada naskah Historia Naturalis karya Plini pada abad pertama Masehi.

Jadi bayangkan para Firaun sedang menerima delegasi-delegasi pedagang yang mempersembahkan rempah ratus dari Timur Jauh.BAYANGKAN SEORANG PENIAGA MELAYU SEDANG MENJAJA KEMENYAN,REMPAH DAN KAYU CENDANA DI BAZAR-BAZAR KOTA UR,URUK DAN KISH.

Katakan kayu-kayu perhiasan di dalam Solomon’s Temple adalah dari kayu-kayu cendana Sumatera,perhiasan Cherubim,meja altar yang menempatkan perunggu lilin adalah emas dari Suvarnabhumi dan lilin-lilin adalah diperbuat dari kemenyan wangi styrax sumatrana;Lubban Jawi yang terbaik.Dinding dan lantai adalah dari emas Suvarnadvipa.

“And the navy also of Hiram, that brought gold from Ophir, brought in from Ophir great plenty of almug trees, and precious stones”

(1 Kings 10:11 -King James Version)

Nabi Sulaiman yang juga seorang raja Kerajaan Israel Raya,memerintahkan pembinaan tempat ibadat yang agung dan dipenuhi perhiasan-perhiasan keemasan.

Even three thousand talents of gold, of the gold of Ophir, and seven thousand talents of refined silver, to overlay the walls of the houses withal”

(1 Chronicles 29:4 -King James Version)

Sememangnya di dalam kitab Yahudi, Melakim (Raja-raja), fasal 9, diterangkan bahawa Nabi Sulaiman raja Kerajaan Israel Raya menerima 420 talenta emas dari Hiram, raja Tirus yang menjadi bawahan beliau. Emas itu didapati dari negeri Ophir. Kitab Al-Quran, Surat Al-Anbiya‘ ayat 81, menerangkan bahwa kapal-kapal Nabi Sulaiman a.s. berlayar ke “tanah yang Kami berkati atasnya” (Al-Ardha l-lati Barak-Na fiha).

“Dan (telah Kami tundukkan) untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintahnya ke negeri yang kami telah memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu”

(Al-Anbiya’ ayat 81)

Yang menjadi persoalan sekarang,DIMANAKAH TERLETAKNYA NEGERI OPHIR ITU??Pelbagai hipotesis telah diajukan oleh pelbagai sarjana termasuklah lokasi-lokasi di Afrika,Arab dan Israel.Namun penemuan manuskrip pengembara Eropah ada mencatatkan lokasi Ophir ini di Filipina;iaitu salah satu Kepulauan Melayu.Sebuah catatan pengembara Sepanyol yang dikompilasikan bertajuk Collecion General de Documentos Relativos a las Islas Filipinas ada menyebutkan panduan laluan laut ke Ophir,

“Ophir can be found by travelling from the Cape of Good Hope in Africa, to India, to Burma, to Sumatra, to Moluccas, to Borneo, to Sulu, to China, then finally Ophir. Ophir was said to be …. in front of China towards the sea, of many islands where the Moluccans, Chinese, and Lequios met to trade…”

Para sarjana menolak Kepulauan Jepun kerana Moluccans tidak berada berdekatan dengannya,bukan juga Taiwan kerana petunjuk menyebut ‘banyak pulau’.Mereka bersepakat mengatakan ia adalah Kepulauan Fiipina.

“And Huram sent him by the hands of his servants ships, and servants that had knowledge of the sea; and they went with the servants of Solomon to Ophir, and took thence four hundred and fifty talents of gold, and brought them to king Solomon”

(2 Chronicles 8:18 -King James Version)

Namun satu pendapat dari sarjana lain mengatakan ia terletak di sekitar Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu.Ini adalah kerana,kota Tirus (Hiram yang disebut dalam sumber Yahudi itu adalah Raja negeri Tirus yang kini terletak di Lebanon) merupakan pusat pemasaran barang-barang dari Timur Jauh. Ptolemy pun menulis Geographike Hyphegesis berdasarkan maklumat dari seorang pedagang Tirus yang bernama Marinus.Sudah tentu Marinus telah membawa emas,rempah,kemenyan dan kayu-kayu cendana dari Nusantara ketika itu dan memperdagangkannya di Tirus dan kota-kota Hellenistik yang lain.

“Lombong Emas Raja Sulaiman”

Sejak zaman berzaman umat manusia terpukau dengan kecantikan dan sifat-sifat bitara logam emas, menyebabkan permintaan terhadap logam ini sentiasa mengatasi bekalan. Keunggulan sifat-sifat fizikal logam ini, seperti kebolehtempaan dan kebolehaliran, dan sifat-sifat kimianya seperti kelengaian membuat logam ini tiada tandingan. Kelimpahan logam ini dalam kerak bumi amat lanka menyebabkan proses perlombongannya sukar dan mahal, membuatkan harganya tinggi. Bekalan emas dunia kebanyakannya datang dari Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Australia dan lain-lain dan rizab terbesar terdapat dalam batuan konglomerat Prakambrian di Afrika Selatan, manakala emas epiterma yang terdapat di negara-negara keliling lautan Pasifik terletak di tangga kedua daripada segi jumlah pengeluaran.

Sejak lama dahulu, Semenanjung Tanah Melayu telah dikenali oleh orang-orang luar sebagai tempat pengeluar emas. Maka itu Ptolemy yang menulis pada abad kedua Masehi telah menyebut tentang sebuah Semenanjung Emas,Aurum Khersonese (Aurum diambil dari kata Aurea,Aurea Chersonese) yang terletak di antara negeri China dengan negeri India. Mengikut pengetahuan hari ini taburan penemuan emas utama di Semenanjung Tanah Melayu terdapat di Jalur Tengah, iaitu dari Batu Melintang di Kelantan, menuju ke selatan melalui Sokor, Pulai, Selinsing, Raub, Chenderas hinggalah ke Gunung Ledang di Johor. Jumpaan terbaru dibuat di Jalur Timur iaitu di kawasan Mersing di Johor dan Lubuk Mandi di Terengganu. Walaupun kelihatan rawak, taburan ini sebenarnya dikawal oleh proses geologi iaitu lengkung volkano pada zaman Perm-Trias di Semenanjung Malaysia. Jenis pemineralan emas Semenanjung Malaysia ditemui adalah sebagai telerang kuartza, dalam sulfida masif,dalam skarn, dan berkaitan rejahan igneus. Ciri-ciri longgokan emas boleh dilihat daripada kajian di Lubuk Mandi dan Penjom. Emas terdapat dalam telerang kuartza berkemiringan curam berarah Utara-Selatan. Perubahan batuan dinding yang terbentuk adalah jenis suhu-tekanan sederhana iaitu pensilisifikasian, pengargilitan dan pengkloritan-pempropilitan. Minerologi kebanyakan bijih adalah mudah iaitu mineral utama terdiri daripada pirit dan arsenopirit bersama sedikit sfalerit dan kalkopirit kecuali di lombong Ajmal di mana terdapat banyak galena, tetrahedrit dan mineral-mineral telurida. Kehadiran grafit adalah minor kecuali di Penjom di mana jumlahnya cukup banyak hingga menyebabkan gangguan dalam proses pemisahan emas. Kajian bendalir terkepung menunjukkan suhu pembentukan yang rendah. Daripada bukti-bukti yang ada, longgokan emas di Semenanjung Tanah Melayu boleh dikelaskan sebagai emas longgokan mesoterma, terhasil secara orogeni. Potensi adanya lagi longgokan emas primer seperti di Penjom cukup tinggi memandangkan kerja-kerja menjelajah longgokan primer ini masih rendah.

Mengapakah Gunung Ledang digelar ‘Mount Ophir’?

Ledang, menurut Kamus Dewan ialah dari segi Bahasa Jawa yang bererti menunjuk-nunjukkan diri seseorang yang ego.Adalah dipercayai, nama Gunung Ledang ini dicipta oleh Kerajaan Majapahit yang telah berkuasa di negeri ini sebelum kebangkitan kerajaan Melaka. Maksudnya Gunung Ledang itu ialah gunung yang tinggi.Maklumat daripada Sejarah China pula, Laksamana Cheng Ho dikatakan pernah melawat Gunung Ledang. Beliau dikatakan melawat lombong-lombong emas di Gunung Ledang dan mengambil contoh emas-emas tersebut untuk pengetahuan rajanya.Di keliling kemuncak Gunung Ledang terdapat 7 buah kemuncak rendah. Setiap satunya mempunyai legendanya yang tersendiri.Yang paling aneh sekali ialah Legenda Gunung Gemih yang ceritanya ada sebuah gua emas yang dikawal rapi oleh penunggunya seekor lembu emas.Dalam peta lama Portugis, nama GEMIH ini ditulis sebagai Gummay yang bermaksud sebuah pusat perusahaan emas.Menurut kolonel Gerini ( 1904 ), Gemih masih merupakan pusat perlombongan emas orang-orang Melayu di Gunung Ledang sehingga tahun 1817.

Rounsevelle Wildman, seorang penulis terkenal dari Amerika Syarikat telah menemui seketul logam yang diambil dari kawasan lombong di tebing Sungai Gemih pada tahun 1894, apabila dileburkan didapati mengandungi emas.

Sebab itu tanah semenanjung ini dan kepulauannya menjadi rebutan pelbagai bangsa.Kita boleh membayangkan kekayaan emas yang melimpah ruah itu jika kita melawat binaan teragung orang Mon yang masih ada iaitu Pagoda Shwe Dagon yang diperbuat dari emas.Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini,Orang Mon adalah etnik selatan China yang pertama sekali berinteraksi dengan etnik-etnik Malayo-Polynesian.Renungkan puncak pagoda ini,kemilauan emasnya dan kekayaan di waktu itu,di Bumi Emas dan Semenanjung Emas yang menakjubkan ini.

Pada tahun 1854,seorang ahli sejarah British telah mendaki Gunung Ledang.Ketika itu suasana berkabus dan sejuk sekali.Lelaki British itu berjalan perlahan-lahan ke hadapan walaupun kabus masih tebal dalam cuaca sejuk.Tiba-tiba kabus semakin berkurangan,dan alangkah terkejutnya dia apabila mendapati dirinya berada di sebuah taman yang penuh dengan bunga orkid yang indah dan tersusun rapi.

Apakah yang ditemui oleh Alfred Wakauce,ahli sejarah British itu di Taman Bunga-bungaan Gunung Ledang?

Adatasi dari https://www.facebook.com/profile/100001364461503/search/?q=tangga%20cina

Read Full Post »

Nama-Saintifik-Pokok-Herba-OLERICULTURE

Senarai herba menggunakan nama tempatan mengikut senarai abjad. Nama tempatan disenaraikan bagi kemudahan melihat dan mencari senarai herba dalam senarai nama saintifik dan kegunaannya. Sila tambah senarai jika anda mengetahui nama nama lain.

A

Agave Sisal / Fucrea – Agave Sisalana

Aji Samad – Jackia Ornata

Akar Cerita – Andrographis Paniculata

Akar Som – Talinum Paniculatum

Akar Manis – Glycyrrhiza Glabra

Akar Pisang/ Kenanga Bangkok – Artabotrys Hexapetalus

Akar Seratus – Peliosanthes Teta

Akar Tarum – Marsdenia Tinctoria

Akar Tengkuk Biawak – Fagraea Acuminatissima

Alamanda Kuning – Allamanda Cathartica

Anggerik Kesumba –

Ara Beringin – Ficus Benjamina

Ara Bumbong –

Ara Tanah – Euphorbia Hirta

Ara Songsang –

Asam Jawa – Tamarindus Indica

Asam Karanda – Carissa Carandas

Asam Kerat Lintang – Buddha’s Hand Lime

Asam Gelugur – Garcinia Atrovirdis

Asam Paya Kelubi – Eleiodoxa Conferta

Ati-ati Merah – Coleus Blumei

Avocado – Persea americana

B

Bawang Mas / Tembaga Susu

Balik Angin/Tampin – Mallotus barbatus

Bangun-bangun – Plectranthus amboinicus

Bebaru / Baru-baru – Hibiscus tiliaceus

Belimbing hutan

Bakawali

Batang Wali

Belimbing Buluh – Averrhoa bilimbi

Belimbing Tanah/Tongkong – Oxalis barrelieri

Bemban – Donax grandis

Bebuta/Buta-Buta – Excoecaria agallocha

Beluntas Paya – Pluchea indica

Bayam Duri/Bayam Hutan – Amaranthus spinosus

Bayam Pasir/Keremak/Pudoh – Alternanthera sessilis

Bunga Kekwa

Bebuas

Batu Jin / Pecah Batu / Bayam Karang – Strobilanthes crispa

Bunga Kantan

Bunga Loceng

Bunga Melor – Jasminum sambac

Bunga Cina /Susun Kelah

Bunga Tanjung – Mimusops elengi

C

Capa/Sombung/Mambong – Blumea balsamifera

Cekor/Cekur Hijau/Cekur Jawa – Kaempferia galanga

Cekur Batik / Cekur Hutan – Kaempferia elegans

Cekur Manis Gajah/Perupong – Glyptopetalum quadrangulare

Cempaka Puteh – Michelia alba

Cempaka Kuning -Michelia champaca

Celaka Biru / C.Bunga

Cina Maki/Gelam Bukit/Serai Kayu Wangi – Leptospermum flavescens

Cekak Manis/Tarok Manis – Sauropus androgynus

Celaka Merah

Cendana

Cemara

Celaka Puteh/Celaka Bukit – Plumbago zeylanica

Cekur Buluh

Cengkih – Syzygium aromaticum

CeremaiCengkian/Cemkian/Jemekian – Croton tiglium

D

Delima – Punica granatum

Dokong Anak/Amin Buah – Phyllanthus urinaria

Durian Belanda/Durian Mekah/Nangka Belanda – Annona muricata

Daun Dewa / Dewa Raja /Sambung Nyawa – Gynura pseudochina

Daun Kesum – Persicaria coronarium

Depu Pelanduk – Wikstromia ridleyi

Daun Sehelai Setahun – Nervilia punctata

E

Ekor Anjing – Plantago major

Ekor Kucing – Acalypha hispidaEgo/Peniti/Jemuju/Ketumbar Jawa – Eryngium foetidum

Elek Besi / Itah Besi – Smilax myosofolio

Elek Tembaga / E.Dawai – Smilax calophylla

G

Gajah Beranak – Goniothalamus macrophyllus

Geli-geli – Lasia spinosa

Geli-geli hitam – Cyrtosperma lasioidies

Gelenggang Padang/Gelenggang Kasar – Senna alata

Gandarussa Hitam – Gandarussa valguris

Gandarrusa Puteh – Justicia gendarussa

Ganda Suli

Gelam Tikus

Gelenggang Daun Besar – Cassia alataGadum / AraGeraham Badak – Phyllochlamyswallehii

Galak Tua

Getang Guri

Ginseng Gunung

Gambir Laut/Gambir Paya – Uncaria lancea

Gelam/Kayu Putih – Melaleuca cajputi

Gajus/ Ketereh/Janggus – Anacardium occidentale

Ganda Rusa Hutan

H

Halia – Zingiber officinale

Halia Hutan /Rimba

Halia Bara

Hempedu Bumi /Pokok Cerita – Andrographis paniculata

Hujan Panas / Bela Puteh – Breynia racemosa

Hempedu Beruang/Seburut/Telinga Kalawar – Thottea grandiflora

Hanuman /Jelutah/Pokok bajang beranak – Schefflera simulans

Halban

Halia Kesing / Pepijat

Haji Samat/Setunjang Bumi – Prismatomeris tetrandraIInai – Lawsonia inermisIsi Raja Satong / Kepala Beruk

J

Jarum Tujuh Bilah – Pereskia grandifolia

Jerangau – Acorus calamus

Jarak – Ricinus communis

Jarak Merah / J.Belanda

Jeruju Puteh

Jarum Mas (Rumput) – Striga asiaticaJering – Archidendrum jiringa

Jenjuang / Lenjung – Cordyline fruticosa

Jambu Batu – Psidium guava

Jintan puteh

Jeruju Hitam – Acanthus ebracteatus

Jintan Hitam – Nigella sativa

Janggut Adam – Tacca intergrifolia

Janggut Baung – Homalomena rostrata

Jarak cina

Jintan / Oregano – Origanum vulgare

Jejarum

Jeruju – Acanthus ilicifolius

K

Kekabu Hutan – Bombax valetonii

Kaduk/Sirih Dudoh/Bugu – Piper sarmentosum

Kaduk Hutan -Piper stylosum

Kapur Barus – Dryobalanops aromatica

Kacip Fatimah – Labisia Pumila

Kacang Telang – Clitorea ternatea

Ketumpang Air/Rangu-rangu – Piper pellucidum

Kulim – Scorodocarpus borneesi

Kemunting Cina – Catharanthus roseus

Kemangi Hitam

Kenerak – Ghoniothalamus umbrosus

Kemboja Puteh

Kemboja Cina – Plumeria rubra

Kerbau Amok – Schefflera ridleyi

Kayu Manis – Cinnamomum zeylanicum

Kunyit Hitam – Curcuma aeruginosa

Kunyit Emas/Temu Kuning – Curcuma zedoaria

Kunyit Puteh/Temu Putih – Didymocarpus crinita

Kunyit – Cucurma longa

Keladi Cantik – Alocasia denudata

Keladi Tikus – Typhonium flagelliforme

Keladi Hutan/Keladi Birah – Colocasia esculenta

Keladi Kemoyang – Homalomena sagittifolia

Keladi Sebaring – Alocasia macrorrhizos

Kecubong/Terong Pengar – Datura fastuosa

Kepala Sari / Akar Teriba

Kancing Baju / Jelita – Bidens pilosa

Kancing Baju Jantan/Rumput Teki/Rumput Serapat – Kyllinga brevifoliaKecupu – Garcinia prainiana

Kucing Galak/Cika Emas/Lis-Lis – Acalypha indica

Kemangi/Ruku/Selasih – Ocimum tenuiflorum

Kembang Semangkuk – Scaphium macropodum

Kelutut Puteh

Ketapang

Kiambang – Pistia stratiotes

Kemuning Putih – Murraya paniculata

Kenanga – Cananga odorata

Kedondong – Spondias pinnata

Katak Puru/Nam-nam – Cynometra cauliflora

Kerbau Duak Kayu Kapur

Kayu Arang/Sangkak – Diospyros buxifolia

Kelapa Berok / Naga Stong – Hydnophytum formicarium

Keruing Mempelas – Dipterocarpus crinitus

Kekunyit/Akar Kuning – Fibraurea tinctoria

Keman Air/Keman Gajah/Kangkung Puteri – Neptunia oleraceaKurma – Phoenix roebelinii

L

Lidah Jin/Sansiviria – Sanseviera trifasciata

Larak – Fissitigma latifolium

Lempoyang / Lempoyang Wangi – Zingiber aromaticum

Lempoyang Hitam/Bola Hitam – Zingiber ottensi

Lempoyang Anjing/Tepus Kecil – Zingiber puberulum

Lemba/Kepala Puyuh – Molineria latifolia

Lidah Buaya – Aloe Vera

Lengkuas – Alpinia galanga

Lengkuas ranting/Lengkuas Kecil – Alpinia conchigera

Lemuni Hitam/Leggundi – Vitex negundo

Lemuning/Legundi – Vitex trifoliaLada Pahit – Brucea sumatrana

Lada Hitam – Piper nigrumLelipan

Larak Tepong

Larak Bengk Limau nipis – Citrus aurantifoliaLimau Purut – Citrus hystrix

M

Mas Cotek – Ficus deltoidea

Mata Ayam – Ardisia crenata

Mambu/Pokok Nim – Melia indica

Misai Ali – Schizaea digitata

Misai Kucing/Ruku Hutan/Kumis Kucing – Orthosiphon aristatu

Mengkudu – Morinda citrifolia

Mengkudu Hutan/Mengkudu Jantan – Morinda elliptica

Mengkudu GajahMemali Duri – Leea aculeata

Memali – Leea indicaMahagani

Mengkunyit – Coscinium blumeanum

Melada/Selada – Capparis micracantha

Medang Lansor – Elaeocarpus mastersii

Melinjau – Gnetum gnemon

Mentulang

Merbau

Mata Pelanduk

N

Nilam – Pogostemon cablin

Nyior Lemba

Naga Buana/Naga Jumat/KayuPutih – Phyllanthus pulcher

Naga Stong / Kepala Beruk – Hydnophytum formicarium

P

Patawali/Putarwali/Petawali/Batang Wali – Tinospora crispa

Payong Ali

Palas Tikus/Palas Rewang – Licuala triphylla

Pecah Periuk Kuning

Pecah Periuk Puteh

Pecah Periuk Biru / itam

Pegaga – Centella asiatica

Pegaga Embun – Hydrocotyle sibthorpiodes

Pegaga Gajah

Petai Belalang/Ipil-ipil – Leucaena leucocephala

Panah Arjuna / Paku kikir – Tectaria crenata

Paku Gajah – Angiopteris evecta

Paku Tanduk Rusa

Paku Tunjuk Langit – Helminthostachys zeylanica

Paku Laut / Paku Haji – Cycas edentata

Paku Langsuyar – Platycerium coronarium

Penawar Hitam – Goniothalamus giganteus

Puding Emas – Codiaeum variegatum

Puah Pungah/Balai-balai – Aralidium pinnatifitidum

R

Raja Satong Sarang Semut

Rumput Sambau

Raja Berangkat/Cagau – Goniothalamus curtissi

Rempah Gunung

Rempah Padang

Rumput Buluh

Rumput Cina

Rumput Misai Adam – Themeda arguens

Rumput Jari Lipan – Limnophila aromatica

S

Sakat / Semun – Asplenium nidus

Senduduk/Cong Keradak – Dissochaeta gracilis

Senduduk/Kenduduk/Sekeduduk – Melastoma malabathricum

Senduduk (Puteh) – Melastoma sanguineum

Senduduk Baldu(Ungu Tua)

Sembuluh

Serapat

Susun Kelapa / Sisik kelah – Tabernaemontana divaricata

Susu Kambing

Setawar Kampung /Sedingin – Kalanchoe pinnata

Setawar Hutan / Setawar Bukit

Setawar Air – Costus speciosusSesudu – Euphorbia milli

Saidina Ali – Clerodendrom deflexum

Sedawai/Tampang Besi/Tembaga Suasa – Smilax calophylla

Sambung Nyawa – Gynura pseudochina

Serai wangi – Cymbopogon nardus

Sawi Rusa – Erechtites valerianifolia

Serapat Pandan/Siak-Siak Rimba/Sempit – Mapania cuspidata

Sekentut/Akar Bukit – Paederia foetida

Sekunyit – Coscinium fenestratum

Siantan Hutan/Menjarum – Ixora concinna

Siak-siak/Siak-siak Jantan/Meroyan Bungkus – Dianella ensifolia

Sirih Hutan/Sirih Tikus/Sirih Pacat – Piper caninum

Sirih Harimau/Kerakap Rimau – Piper porphyrophyllum

Susuh Ayam Hutan

Susuh harimau/Baka – Artabotrys suaveolens

Sanssiviria – Sansevieria trifasciata

Sri Kaya – Annona squamosa

Sungkai – Peronema canescens

Sundal Malam/Sumpa Bulan/Penggeli – Aglaoenama simplex

T

Tongkat Ali – Eurycoma longifolia Jac

Tongkat Ali Hitam – Polyalthia bullata

Tongkat Ali Mas/Gajah Tarik – Strychnos sp

Tengkok Biawak – Fagraea acuminatissima

Tebu Hitam – Saccharum officinarum

Teh Manis – Stevia Rebaudiana

Teh Hutan/Teh Kampung – Acalypha siamensis

Teja/Teja Lawang/Medang Teja – Cinnamomum iners

Tapak Kuda – Bauhinia purpurea

Tapak Gajah/Banal Hutan – Phyllagathis rotundfolia

Tutup Bumi/Bersih Hitam/Tapak Leman – Elephantopus scaber

Tarom Hutam – Didissandra frutescens

Terung Kemar/Mentimun

Tikus/Akar Putih- Cyclea laxiflora

Terung MarantiTerung Pipit/Terung Rembang – Solanum torvum

Terung Pipit Putih – Solanum indicum

Tepus Putih/Lengkuas Hutan/Lengkuas Angin – Alpinia javanica

Tepus Merah – Curcuma phaeocaulis

Tepus Tanah,/Tepai/Tepus Halia – Zingiber spectabile

Temu Pauh – Curcuma mangga

Temu Kunci – Boesenbergia rotunda

Temu Hitam/Kunyit Hitam – Curcuma aeruginosa

Temu Lawak – Curcuma xanthorrhiza

Temu Kuning/Kunyit Emas – Curcuma zedoaria

U

Ubi Gadung/Ubi arak/Taring Pelandok – Dioscorea hispida

Ubi Larut, Sagu Bemban Putih – Stachyphryniu griffithii

Ubi Seratus

Ubi Jaga/Dedawai Berisi – Smilax myosotiflora

Ulam Raja – Cosos caudatus

Rujukan: Taman Herba. Bonda https://www.facebook.com/tamanherbabonda/posts/senarai-pokok-herbanama-saintifik-pokok-herba-olericulturesenarai-herba-mengguna/301899936687713/

Read Full Post »

@demi_malaiu

Kalau ramai-ramai tu benak, hancur semua

♬ original sound – Demi_Malaiu – Demi Malaiu
@demi_malaiu

Kalau takde pun, yang sipi-sipi pun ok

♬ original sound – Demi_Malaiu – Demi Malaiu
@demi_malaiu

Siapa yang bising pasal QUOTA tu, sebab tak paham bende nih

♬ original sound – Demi_Malaiu – Demi Malaiu
@demi_malaiu

Nak makan mana pun tak tahu tiba-tiba nak undi pemimpin pulak

♬ original sound – Demi_Malaiu – Demi Malaiu

Read Full Post »

Trend politik Malaysia

Read Full Post »

@demi_malaiu

Pada kecik layan anime, main congkak pun tak tahu

♬ original sound – Demi Malaiu – Demi Malaiu

Read Full Post »

@demi_malaiu

Orang Melayu ramai buang keris, Katana Jepun beriya beli

♬ original sound – Demi Malaiu – Demi Malaiu

Read Full Post »

Adab dan adat

Sekian lama saya mengolah kata-kata dan ungkapan tentang adab dan adat ini, hari ini saya satukan semuanya dalam satu helaian.

Adat dan adab itu ada ilmunya

Orang beradab lebih mulia dari orang berilmu walaupun ilmunya tinggi tentang adat

——-

Adat itu tata cara

Adab itu tata susila

——-

Adab itu aturan

Adab itu akhlak dalam melaksana aturan

——-

Adat itu perbuatan

Adab itu budi perkerti

——-

Adat itu tingkah laku

Adab itu hikmah

——-

Adat itu tersurat

Adab itu tersirat

——-

Adat itu bila berkumpul menjadi sistem

Adab itu bila berkumpul menjadi roh dan maruah kepada sistem

——-

Adat itu panduan, SOP, dan prosidur

Adab itu mengindahkan panduan, SOP, dan prosidur

——-

Adat itu struktur dasar

Adab itu nilai

——-

Adat itu dipatuhi

Adab itu dihayati

——-

Adat itu amalan aturan

Adab itu akhlak yang mencantikkan amalan

——-

Adat mesti bersendikan syarak

Kalau tidak ikuti syarak, maka ia perlu diubahsuai agar ikut syarak

atau ia boleh ditinggalkan kerana ia melanggar adab iaitu nilai syarak

Kerana syarak bersendikan kitabullah iaitu Al Quran dan Hadith

Kerana dalam syarak termasuk sunnah, iaitu lisan, perbuatan dan diam Nabi s.a.w.

——-

Apabila syarak mengata, maka adat memakai

Apabila syarak mengizinkan, maka adat boleh dilaksana

Syarak memurnikan adat kerada adat tiada nilai kecuali ada adab

——-

Kalau adat itu syariat

Maka adab itu tasauf

——-

Ungkapan “biar mati anak jangan mati adat”, harus disambung dengan “kerana adat bersendirikan syarak,

syarak bersendikan kitabullah”

——-

Adat itu pada darah daging keturunan

Tetapi bila adat becanggah dengan syarak lantas tidak beradab

maka syarak mesti diutamakan yang bererti Allah mesti diutamakan

perintah Allah dan Rasul mesti diutamakan dan bukan darah daging keturunan yang diutamakan

lantas, beradab dengan Allah lebih mulia dari beradat darah daging keturunan

——-

Nabi Ibrahim beradab dengan Allah

tetapi bapanya tidak beradab dengan Allah

kerana mahu kekal dalam adatnya menyembah berhala

justeru beradab dengan Allah lebih mulia dari beradat darah daging keturunan

——-

Nabi Luth beradab dengan Allah

tetapi isteri dan anak-anaknya tidak beradab dengan Allah, ingkar perintah Nabi Luth untuk naik ke kapalnya

kerana mahukan adat kehidupan yang sedia ada

maka, beradab dengan Allah lebih mulia dari beradat darah daging keturunan

——-

Nabi Yusuf beradab dengan Allah

tetapi adik beradik Nabi Yusuf tidak beradab dan mahu membunuh Nabi Yusuf, adik kandungnya

kerana adat manusia ada dengki dan busuk hatinya terhadap Nabi Yusuf yang tampan

dengan demikian, beradab dengan Allah lebih mulia dari beradat darah daging keturunan

——-

Nabi Muhammad s.a.w. beradab dengan Allah

tetapi Abdul Mutallib datuknya, dan Abu Talib bapa saudaranya tidak beradab dengan Allah

kerana mahu kekal dalam adat tidak beriman dengan Allah untuk menerima syahadah

justeru beradab dengan Allah lebih mulia dari beradat darah daging keturunan

——-

Adat itu diikuti

Adab itu dihormat dan dihargai

——-

Adat itu ketara

Adab itu tidak ketara melainkan dihayati dan dimanifestasikan dengan akhlak mulia

——-

Adat itu aturan dan peraturan yang menjadi sistem kebiasaan, samada formal atau tidak formal

maka jadilah ia •adat yang sebenar adat, •adat yang diadatkan, •adat yang teradatkan, dan •adat istiadat

tetapi adab itu budi pekerti, tata susila, maruah, sopan santun, berbudi bahasa, roh, akal budi

——-

Dalam Alam Melayu

Petua orang tua-tua menjadi adab yang ada maksud tersirat menjadi ilmu warisan zaman berzaman

jika tidak ketahui maksud tersirat, jangan cepat menghukum dan memusuhinya

kerana manusia lazimnya menjadi musuh kepada perkara yang dia jahil mengenainya

——–

Jangan pandai beradat-adat

Tetapi tidak beradab dan terus biadab

Supyan Hussin

18 Jan 2023

Read Full Post »

Pengenalan

Ethno (etno) adalah akar kata dari Greek bermaksud “kumpulan”; ia disebut ethnic (etnik) sebagai katanama yang merujuk kepada kaum atau ras. Apabila dicantumkan menjadi etnologi ia bermaksud pengajian etnik.

Di dalam disiplin ilmu antropologi (pengajian kemanusiaan), salah satu pendekatan penyelidikan yang sering digunakan ialah “etnografi” yang membawa maksud kajian yang dijalankan dengan cara mencatat maklumat di dalam satu komuniti; maklumat mengenai perbuatan, tingkah laku, budaya, aktiviti harian dan rasional disebalik semua yang dilihat berlaku dalam komuniti itu. Pengkaji akan tinggal bersama di dalam komuniti dan membuat catatan (atau tulisan dari akar kata grafi).

Apabila disebut “ethnological” ia adalah katasifat yang perlu digabungkan dengan kata nama. ia membawa makna “logik” atau rasional dalam kumpulan atau etnik. Apabila digabungkan dengan katanama, misalnya ethnological science, ethnological mathematic, ethnological wisdom, ethnological ideas, ia membawa makna sesuatu bidang atau perkara itu bersandarkan kepada kumpulan itu atau komuniti lokal.

Maka apabila disebut ethnological science, dan dipendekkan menjadi “ethno” ia perlu disambung dengan sengkang kerana ia tidak berdiri sendiri. Science adalah perkataan yang berasal dari Latin yang bermakna “ilmu”.

Apbila kita menggunakan perkataan ethnological science, dipendekkan menjadi ethno-science, bermaksud ilmu etno, ilmu dalam komuniti lokal, atau local knowledge atau local wisdom atau indigenous knowledge atau dalam bahasa hari ini disebut “ilmu kearifan tempatan”.

Seterusnya kita cuba mengaitkan etno-sains dan perubatan. Secara semantik, sains perubatan yang berasaskan etno itu disebut etno-sains perubatan, kerana bukan perubatan itu yang etno, tetapi ilmu itu yang etno. Misalnya sains perubatan dikaitkan dengan “sains” yang ada kaitan dengan ujian makmal dan ujian klinikal, tetapi etno-sains tidak menjalakan ujian makmal dan ujian klinikal.

Walaupun perkataan “perubatan” itu sama, tetapi epistemologi sains perubatan dan etno-sains perubatan itu tidak sama konsepnya. Konsep sains perubatan membawa konotasi merawat, mengubat, dan memberi khidmat memulihkan pesakit. Manakala konsep etno-sains perubatan ialah menjaga kesihatan, mencegah penyakit dan merawat penyakit. Apa rasional perbezaan ini?

Rasionalnya ialah semua komuniti etnik dalam dunia sudah pun mempunyai sistem perubatan masing-masing ribuan tahun sebelum diperkenalkan “sains perubatan” termasuk khidmat hospital dan klinik kepada masyarakat moden. Dahulu, setiap komuniti etnik memiliki korpus ilmu kebijaksanaan atau kearifan (knowledge and wisdom) tempatan misalnya bagaimana menjaga kesihatan, bagiamana mengamal diet makanan, bagaimana mencegah pelbagai penyakit, bagaimana merawat luka, bagaimana menyambut kelahiran anak, bagaimana merawat demam, dan pelbagai lagi. Setiap komuniti ada “doktor’ atau “tabib” sendiri yang dikenali sebagai bomoh, pawang, tok mudim, dan bidan. Ilmu etnik ini bersifat pemerhatian tentang alam, dipelajari dari alam persekitaran dan interaksi dengan haiwan dan alam. Pendekatan ‘trial-and-error” berlaku sebagaimana satu hipotesis diuji dari masa kesemasa sehingga hasil ujian menjadi satu ilmu yang berkumpul secara akumulatif. Konsep perubatan etnik ini bukan sahaja berfokus kepada merawat, tetapi menjaga kesihatan dan mencegah penyakit terlebih dahulu. Mencegah itu lebih baik dari merawat. Manakala konsep “sains perubatan” yang dijelmakan di hospital dan klinik ialah merawat atau mengubati penyakit.

Etno-sains dieja dengan bantuan sengkang (-) kerana sains itu bersandarkan korpus ilmu etnik. Ia tidak dieja dengan “etnosains” kerana ia tidak kekal etno semata-mata. Ia perlukan sains (ilmu) yang menjadi aset dan harta intelek kepada sesuatu komuniti. Dengan kemajuan ilmu dan teknologi, ilmu perubatan bersandarkan etnik ini boleh berubah dengan adanya penemuan baru dalam oleh anggota komuniti etnik bagi menangani penyakit sedia ada atau penyakit baru yang muncul. Maka dengan itu ia dieja etno-sains yang mana semantik bahasanya yang lebih sesuai dan lebih tepat.

Di negara India, terdapat korpus etno-sains perubatan mereka yang dikenali sebagai ayurveda (sember flora dan fauna), manakala di China korpus etno-sains perubatan mereka disebut sebagai sensei atau ginseng (sember flora dan fauna). Di Jerman, etno-sains perubatannya disebut sebagai homeopathy. Di negara ini atau rantau ini, perubatan Melayu atau perubatan tradisional Melayu, tetapi ungkapan ini tidak tepat kerana ia bukan bersifat etnik tetapi berbau rasis. Kita perlu memahami bahawa rantau ini memiliki penduduk dari pelbagi etnik tetapi diletakkan di bawah rumpun Melayu. Ciri-ciri etnik di rantau ini mempunyai warna kulit sawo matang, tingginya sekitar 160-170 cm, mempunyai banyak persamaan dalam bahasa, makanan, adab, adat dalam budaya serta agama. Ptomely menggelar rantau ini sebagai Golden Chersonese atau Semanjung Emas, manakala Afred Wallace menyebut rantau ini sebagai Malay Archipelago.

Rantau ini adalah kawasan maritim di mana terdapat pertemuan antara beberapa laut, yang menjadi laluan kapal. Laun Adaman, Selat Melaka, Laut China Selatan, Lautan Pasifik dan Lautan Hindi. Rantaiu ini pernah dikenali sejak awal abad ke 2 apabila kawasan utara Semenanjung di Sg Batu Lembah Bujang menjadi tumpuan sebagai pusat peleburan besi dan mutu besi terbaik dalam dunia. Di zaman itu, penduduk dari pelusuk dunia telah meredah Lautan Hindi dan Laut Adaman hingga berlabuh di Kuala Sg Merbok Kedah Tua. Di sebelah selatan pula apabila Melaka mula dikenali di abad ke 13, penduduk dunia mula berdagang ke Melaka dan belayar dari timur ke barat melalui Selat Melaka, di selatan Laut Adaman, untuk pergi ke negara China. Oleh kerana interaksi manusia dari pelbagi pelusuk dunia ini sudah pasti ilmu tentang kesihatan dan perubatan dikongsikan dan digabungkan menjadi korpus perubatan Alam Melayu. Ia tidak bermakna ilmu itu dari bangsa Melayu sahaja tetapi ia didominasi oleh penduduk induk di rantau ini iaitu bangsa Melayu (Malay nation, not Malay race). Maka lebih tepat kita gunakan ungkapan etno-sains perubatan Alam Melayu dan bukan etno-sains perubatan Melayu untuk mengesahkan keberadaannya (ontologi) setelah kita memahami konsep asasnya (epistemologi) perubatan etnik.

Pengubatan Islam adalah etno-sains

Amalan pengubatan Islam di Malaysia adalah termasuk dalam kategori etno-sains perubatan Alam Melayu.

Ini adalah kerana pertama: kaedah pengubatannya “diMelayukan” dengan penggunaan sumber alami (flora dan fauna) yang tidak ada di negara Timur Tengah (bukan dari sumber Tibb Nabawi) dan kedua: amalan ruqyah yang direka serta disusun dan diamalkan oleh para ulamak Melayu tempatan tidak sama dengan ruqyah dalam kitab Tibb Nabawi. Ruqyah ciptaan ulamak tempatan itu ialah kearifan tempatan atau ilmu etno perubatan orang Melayu. Etno-sains adalah dari perkataan etno- dari perkataan Greek bermaksud kumpulan tempatan, manakala perkataan sains dari Latin bermaksud iilmu. Jadi etno-sains ialah ilmu kearifan orang tempatan.

Apabila pengubatan Islam di Malaysia “diMelayukan”, apakah ia layak dipanggil “pengubatan Islam”?

Apakah pengubatan Melayu bukan pengubatan Islam? Jadi apa guna definisi Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyatakan orang Melayu ialah mereka yang berugama ISLAM, bertutur bahasa Melayu, dan mengamalkan adat resam hidup orang Melayu?

Perawat yang mendakwa ia amalkan pengubatan Islam terperangkap dengan dakwaan mereka kononnya mereka perawat islam sedangkan pendekatan mereka hanya “merawat” dan tidak holistik, tidak syumul.

Dalam perspektif Islam, kesihatan manusia meliputi penjagaan kesihatan, pencegahan penyakit dan perawatan penyakit. Jika pengubatan Islam hanya fokus kepada perawatan sakit dan penyakit, maka ia bukan patuh syraiah, ia tidak lengkap, ia tidak holistik. Malah ia menyempitkan bidang pengubatan Islam hanya kepada perawatan penyakit dan pesakit.

Dalam penjagaan kesihatan, ada hukum halal, haram makruh dan sunat apabila kita makan dan minum. Makanan yang haram akan bawa kepada penyakit fizikal dan jiwa.

Dalam adab makan minum Islam, ada panduan cara makan dan jumlah makanan yang boleh dimakan. Pelanggaran hukum dan adab makan minum ini dileakkan agar dapat mencegah penyakit dalam badan.

Selain dari hukum dan adab makan minum, terdapat amalan spiritual yang dikembarkan dengan amalan fizikal. Jika ia dtinggalkan maka ia boleh kepada penyakit kerana makan minumnya tidak diberkati Allah.

Oleh itu konsep “pengubatan Islam” yang didakwa oleh perawat Islam adalah lari dari konsep Islam yang syumul.

Dalam dakwaan perawat Islam bahawa amalan mereka kononnya “perubatan Islam” atau “pengubatan Islam” dengan bacaan ruqyah dari Tibb Nabawi juga tidak tepat. Ini adalah kerana ulamak tempatan telah menokok tambah amalan bacaan Quran, doa, dan zikir2 yang tidak diamalkan oleh perawat Islam dari negara umat Islam yang lain seperti di Timur Tengah dan Indo-Pakistan. Maka apa yang diamalkan oleh perawat Islam dalam rangka “pengubatan Islam” di Malaysia ini tidak universal, sebaliknya bersandarkan kepada kearifan tempatan yang diperkenalkan oleh ulamak tempatan. Ia “diMelayukan”.

Amalan menggunakan flora seperti bunga raya, kunyit hitam, halia, dan misai kucing tidak ada dalam amalan Tibb Nabawi. Amalan menggunakan fauna seperti lebah (bukan madu) dan lintah dalam “pengubatan Islam” tidak ada dalam kitab Tibb Nabawi. Amalan membaca solawat tafrijiah, membaca solawat ciptaan ulamak tempatan, membaca wirid dengan bilangan tertentu yang disarankan oleh ulamak tempatan, dan mentakwilkan ayat2 Quran pilihan lain dari yang ada dalam kitab Tibb Nabawi dalam merawat penyakit dan pesakit, dan ia tidak diamalkan oleh perawat Islam yang lain dari negara umat Islam yang lain. Maka kaedah ini semua lebih layak dikategorikan sebagai etno-sains perubatan Alam Melayu dari pengubatan Islam semata2.

Ini belum dibahaskan kaedah rawatan ke atas pesakit yang tekena gangguan makhluk halus termasuk santau, histeria, kerasukan, sihir, kemurungan, dan seumpamanya, dirawat cara kombinasi kearifan tempatan Melayu dan Islam, maka ia bukan “pengubatan Islam” semata2 tetapi lebih tepat dengan ilmu kearifan orang tempatan (etno-sains perubatan) yang melibatkan local knowledge, local wisidom, dan indigineous knowledge.

Apakah perbuatan menyeluk tangan dalam mulut buaya yang diikat dan dingangakan mulut buaya itu satu amalan dalam melatih perawat pengubatan dan perubatan Islam? Sudah tentu ia disandarkan kepada kearifan tempatan oleh ulamak tempatan kerana ia melibatkan melibatkan local knowledge, local wisidom, dan indigineous knowledge. Ia bukan khurafat, ia ada rasionalnya yang tersendiri. Yang jahil akan memusuhi perkara yang dia jahil mengenaimya. Kalau dia mahu belajar kearifan tidak mengapa. Kalau dia tak mahu, biarkanlah dia dalam kejahilannya.

bersambung…..

Read Full Post »

Older Posts »