Alam Melayu memang terkenal dengan kain di atas kepala….”head dress” …mengapa? Ia adalah kerana persekitaran alam dan cuaca tempatan di zon Katulstiwa ini sering ditimpa panas dan hujan. Maka sehelai kain di atas kepala samada kain pelikat atau kain lepas dibentuk atau diikat d iatas kepala bagi
1. melindungi haba panas
2. melindungi dari timpaan hujan
3. dijadikan tuala mengelap peluh
4. dijadikan tuala untuk mandi dan mengelap tubuh selepas mandi
5. dijadikan alat memikut barang (biasanya mereka yang berkebun dan bertani)
6. dijadikan oleh ibu untuk mengedong anak
7. dijadikan alat sebagai “senjata” mempertahankan diri
8. dijadikan selimut
9. menyatakan kedudukan seseorang dalam masyakarat tempatan
10. menjadi aksesori atau artifak budaya yang menampilkan pelambangan jatidiri orang di bawah Rumpun Melayu.
Semutar, Tengkolok, Destar, Tanjak
Masyarakat Alam Melayu di kawasan tropika sejak sebelum Islam dan sebelum ada tanjak lagi memang sudah ada kain di atas kepala sebagai satu alat untuk tujuan yang disebutkan dalam senarai di atas. Jika kita lihat orang dari utara Pentas Sunda, termasuk Kemboja, Selatan Vietnam, Selatan Filipina sampai ke Sulawesi, dan Jawa serta Sumatera, memang sudah ada kain di atas kepala, lelaki dan perempuan dalam kalangan penduduk Alam Melayu atau Pentas@Benua Sunda ini.
Apabila masa berjalan, suasana berubah, urusan masyarakat menjadi lebih tersusun, maka kain di atas kepala itu telah diolah untuk meraikan perbezaan kedudukan, pangkat dan status seseorang dalam masyarakat. Maka lahirlah tengkolok, destar dan tanjak yang bermula dengan semutar.
Apabila Islam sampai ke Pentas Sunda dan perkenal serban, makan Alam Melayu mudah terima Islam kain serban atas kepala sebab Islam datang bukan untuk menghapuskan budaya dan adat Alam Melayu. Di dalam Islam menutup kepala adalah sunnah Nabi yang tapi ia jatih dalam ketegori hukum sunat, bukan wajib. Orang Melayu memang sudah ada kain tutup kepala. Apabila srban diperkenalkan olehNabi s.a.w., serban tidak jauh dari adat dan budaya Melayu, maka merujuk kepada apa yang Hamka gariskan “adat bersendikan syarak, syarak bersendikan kitabullah, syarak mengata, adat memakai”, orang Melayu terus mengambil serban sebagai salah satu alat menutup kepala. Menjadi adat lokal atau kelaziman di Alam Melayu yang berserban ini biasanya ulama, guru agama, ustza, tok guru, dan orang-orang mahu dikenali sebagai “pejuang Islam”, tetapi ia bukan wajib untuk berserban.
Hakikatnya Islam datang memurnikan akidah dan adat-adab serta budaya, bukan untuk menghapuskan adat-adab dan budaya orang Melayu. Apabila kain di atas kepala ini sudah menjadi sebati dalam kehidupan penduduk Alam Melayu, terdapat kreativiti dan inovasi dalam kalangan orang di Alam Melayu yang mengolah bentuk rupa kain di atas kepala. Maka timmbullah ikatan-ikatan yang diterima sebagai ikatan khusus untuk orang berpangkat, yang ada kedudukan dalam masyarakat tempatan, kemudian dipanggil tanjak, desar, tengkolok dan apa sahaja nama mengikut sosio-budaya tempatan masing-masing di Alam Melayu.
Hari ini kain di atas kepala orang Melayu menjadi satu daripada busana tradisional dan busana kebangsaan dalam budaya penduduk di Alam Melayu. Ia mempunyai nilai budaya yang menjadi lambang jati diri penduduk Alam Melayu.
Kalau kita sudah maklum pakaian pada tubuh Rasulullah s.a.w. seperti mana yang dinyatakan dalam kitab-kitab seerah nabawiyyah, bahawa selain seluar dan jubah (busana Arab), Nabi ada tiga kain serban, di kepala, ditengkok leher dan dipinggang. Apabila diadaptasi dalam busana Melayu ketiga-tiga “wajah kain serban” itu dapat dilihat pada tanjak di kepala, selempang yang diletakkan di tengkok@leher, yang mana kain jatuh ke badan dan iakatan pada pinggang iaitu samping yang dipakai dalam busana Melayu. Itulah bentuk adaptasi busana Melayu yang menyamai tiga kain serban yang dipakai oleh Rasulullah s.a,w.
Songkok dan kopiah juga adalah objek penutup kepala, yang lebih ringkas dari kain. Songkok diperkenalkan oleh pedagang dan peniaga dari benua India apabila mereka datang ke Melaka. Manakala kopiah pula diperkenalkan oleh pedagang China yang beruagama Islam. Peniaga dan pedagang Melayu mudah untuk memberi ruang kepada songkok dan kopiah sebagai satu bentuk akomodasi sebagai tanda hormat menghormati antara satu sama lain yang berlainan budaya. Dalam dunia sosio-budaya perniagaan, mengadaptasi artifak pakaian orang lain, pelamnggan atau peniaga, adalah satu kaedah “bersamaan” untuk menjaga hubungan baik. Maka akhirnya orang Melayu mudah menerima songkok dari India dan kopiah putih dari China. Malangnya tarbus dari Turki tidak menyerap dalam pakaian harian orang Melayu kerana tidak banyak pedagang dan peniaga dari Turki yang datang ke Benua Melayu. Oleh itu pengaruhnya amat minima walaupun ia adalah objek yang menutup kepala. Begitu juga topi dari barat tidak lekat pada penghayatan orang Melayu kerana ia dari bukan Islam, dari penceroboh@penjajah yang datang ke Alam Melayu untuk merampas tanah dan hasil mahghul bumi serta menguasai politik Alam Melayu. Apatah lagi topi tidak sesuai untuk di bawa dalam solat kerana menyukarkan untuk sujud dengan mengenakan dahi pada tempat sujud di lantai. Biarpun ada Melayu yang mudah menerima songkok dan kopiah, semutar tengkolok dan tanjak adalah lambang identiti orang Melayu yang asli dan benar.
Sebagai kesimpulan busana Melayu adalah pakaian yang menjadi indikator pertama yang memberi makna kepada lambang identiti orang Melayu. Lambang ini menjadi salah satu dari jati diri orang Melayu yang mudah dikenal seperti yang disebutkan dalam ayat ke 13 Surah Al Hujurat.
Wallahualam
Baca lagi
https://selongkar10.blogspot.com/2020/02/12-jenis-ikatan-tanjak-destar-tengkolok.html
https://tengkolokwarisan.yolasite.com/jenis-jenis-tengkolok.php
https://destarmelayu.blogspot.com/2019/02/ulasan-semua-jenis-buku-destar-tanjak.html
http://pecintawarisanmelayu.blogspot.com/2017/03/tanjak-warisan-melayu.html
Leave a comment