Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘S.M.A.R.T’ Category

Read Full Post »

“S” ialah sedar atau keSEDARan.

Mari kita mulakan dulu dengan ” S”. Semua pelajar yang cemerlang seperti Siti Madihah (SPM 20 A), Siti Fatimah (SPM19 A) Noramalina (SPM 17A) dan Siti Madihah (20A) mempunyai keSedaran yang tinggi. Apa maksud sedar?

“S” ialah keSedaran.

Sedar mengapa anda dilahirkan.  Sedar apa sebenarnya wawasan atau visi hidup anda. Sedar apakah tujuan hidup ini. Sedar apakah misi hidup anda. Apakah sebenarnya anda harus lakukan dan capai dalam kehidupan ini?

Sedar bahawa anda datang dari sebuah keluarga yang mahukan anda mencipta kejayaan dalam hidup. Sedar akan pengorbanan ibu dan ayah sejak anda kecil lagi.  Sedar bahawa anda harus mencipta sejarah untuk keluarga anda. Sedar hadir di dalam keluarga anda dan dalam hidup bukan untuk disia-siakan.

Sedar anda harus membawa PERUBAHAN…perubahan apa? perubahan dari yang kurang baik kepada yang baik, dari yang baik kepada yang lebih baik, dari yang lebih baik kepada yang terbaik. Berpegang kepada prisinp ini: hari ini mesti lebih baik dari semalam, dan esok mesti lebih baik dari hari ini (sumber hadis Nabi Muhammaad s.a.w).

KeSedaran adalah permulaan kepada pintu kejayaan. KeSedaran akan membawa kepada kecemerlangan. KeSedaran adalah prasyarat kepada M.A.R.T. Ingatlah bahawa:

1. Kecemerlangan tidak berlaku secara tidak sengaja, tetapi ia dirancang

2. Kecemerlangan tidak diwarisi, tetapi diusahakan

3. Kecemerlangan bukan milik orang tertentu, tetapi milik siapa yang mahukannya.

petikan dari buku ini….

 

Read Full Post »