Feeds:
Posts
Comments

Archive for July 9th, 2023

Tulisan dalam bahasa ibunda adalah jati diri dan lambang identiti bangsa dan peradaban dan tamadun bangsa.

Kedudukan Bahasa bagi mengangkat martabat bangsa

Jepun tidak sibok mahu jadikan Bahasa Inggeris sebagai utama atau bahasa keduanya. Bandingkan dengan jati diri Jepun, China, Korea, Jerman, Sweden, Norway kekal guna bahasa ibunda sebagai bahasa utama, maka mereka jadi negara maju. Itulah kekuatan jatidiri negara bangsa mereka. Bahasa ibunda negara itu adalah jati diri dan lambang identiti yang menjadi kekuatan negara itu. India dan Filipina guna bahasa Inggeris sebagai bahasa utama, tapi tidak maju dan tidak ke mana pun.

Malaysia cuba-cuba hendak hendak utamakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dalam sektor swasta, perniagaan, dan industri, MAKA berlaku KRISIS IDENTITI negara ini. Berlaku konflik dan dilema mahu menjadi negara maju pun TIDAK, hendak jadi negara maju pun TIDAK, maka jadilah negara yang sedang maju beribu tahun lagi. Tapi Jepun, Cina dan Korea terus maju jauh ke depan dari malaysia dengan sebab mengkal, mengutamakan dan mengukuhkan bahasa mereka sendiri dalam semua urusan kehidupan.

Di Malaysia, penduduk minoriti mengganggu penggunaan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu kerana sikap fanatik, taksub, dan etnosentrik mereka hingga memusuhi bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Ditambah pula sikap PEMIMPIN yang tidak faham makna bahasa sebagai lambang jati diri kekuatan negara bangsa dan bersikap lunak. lembek, lemah dan dayus apabila ditekan oleh puak minoriti ini dan rasuah politik untuk guna bahasa Mandarin di sekolah vernakular dan papan tanda iklan perniagaan, maka negara Malaysia akan terus ketinggalan jauh dari Jepun, China, Korea, Jerman, Sweden, Norway.

Tulisan Jepun, China, dan Korea degan aksara masing-masing KEKAL dari dulu hingga hari ini dalam negara yang maju dan terkehadapan di Asia ini. Jati diri mereka kekal dan jati dirilah satu kebanggaan (pride) dan maruah (dignity) bangsa ini untuk terus KEKAL terkehadapan di Asia. BUKAN tulisan RUMI.

Tetapi tulisan JAWI kita tidak kekal sebagai tulisan utama dalam negara ini dan Alam Melayu, walaupun Alam Melayu pernah memimpin Asia dan dunia satu masa dulu dalam perdagangan dan hubungan antarabangsa di zaman kemuncak kegemilangan empayar kerajaan Islam Melaka di Asia. Kita perlu kembalikan tulisan JAWI sebagai sumber kekuatan jatidiri bangsa Melayu yang menjadi penduduk di negara ini. JAWI dan RUMI dalam bahasa Melayu mestilah sama taraf.

Musuh-musuh Melayu dari golongan cerdik pandai yang masih minda terjajah (captive mind) dan sindrom mental orang yang pernah kena jajah akan terus memusuhi jawi, termasuk pemimpin Melayu yang lemah, tidak berintegriti, dayus dalam memulihara warisan dan peradaban bangsa.

Cuba lihat surat Raja Melayu kepada Franci Light dalam tulisan Jawi di bawah.

Tulisan jawi dan rumi adalah tulisan rasmi bahasa kebangsaan dlm Akta 152. Mandarin, tamil, sanskrit, rencong, kawi tiada ada dalam Akta kita

Apabila orang Melayu di Nusantara terima Islam secara “beramai ramai” di abad ke 7 dan seterusnya, cara terbaik untukmenyebarkan ilmu dan maklumat ialah melalui tulisan jawi yang diimpot dari aksara bahasa Arab. Maka jawi diguna pakai sebagai tulisan rasmi bahasa Melayu di Nusantara. Huruf baru “ga” “nga” “cha”, dan “nya” ditambah dlm abjad jawi Melayu utk keperluan bahasa Melayu. Tulisan rencong yg diadaptasi dari tulisan pahlava dan sanskrit utk menulis dalam bahasa Melayu di Nusantara menjadi pudar dan akhirnya ditinggalkan oleh umat Melayu Islam. Di Tanah Melayu, bahasa Melayu mudah tersebar luas menjadi lingua franca di Nusantara kerana tulisan jawi digunakan dalam surat menyurat, dokumentasi ilmu, dan apa jua maklumat pengumuman yg disebarkan dalam tulisan jawi.

Orang Melayu di Malaysia marah bila jawi digantikan dengan rumi di sekolah oleh kementerian pelajaran tetapi terpaksa bersetuju dan berkorban demi pembangunan negara bangsa apabila pendatang terdiri daripada orang Cina dan India perlu dibantu kuasai bahasa Melayu. Pengorbanan ini besar pada org Melayu. Kalau bahasa Melayu dikekalkan dalam tulisan jawi, proses pembangunan negara bangsa dan kemajuan dalam negara mungkin lambat, terencat dan ketinggalan jauh. Masyarakat di Tanah Melayu menjadi heterogenous walaupun etnik Cina hanya 30%, India 10% dan lain lain 2%, dan orang Melayu majoriti boleh toleransi utk tukar jawi kepada rumi demi pembangunan negara bangsa. Malangnya sebahagian orang Cina cauvunis atau ulta kiasu tidak mahu belajar dan tidak mahu kuasi serta tidak mahu berbahasa Melayu sebaliknya mahu menggunakan bahasa Mandarin@kebangsaan negara China sebagai bahasa pengantar di sekolah vernakular. Mereka seolah-olah masih menerirsukan pemikiran “pendatang zaman silam”. Begitu juga dengan etnik India. Justeri pengorbanan org Melayu yg suci murni ini menjadi sia-sia kerana kedegilan cauvanistik Cina dan India ini. Kini mereka, khususnya etnik Cina di Malaysia terus berkeras dan berdegil mahu menambah lagi sekolah vernakular untuk menggunakan bahasa Cina. Pemimpin mereka tidak berfikir sebagai negarawan ulung tetapi masih dihantui oleh pemikiran primitif zaman sebelum merdeka.

Di Jepun, China, India, Korea dan Thailand lebih mudah kekalkan tulisan dalam abjad atau aksara masing masing kerana masyarakat mereka bersifat homogeneous. Di Indonesia, pemimpinnya tegas dan memikir jauh ke hadapan, tidak membenarkan sekolah vernakular. Singapura juga tidak ada sekolah vernakular. Hanya di Malaysia sahaja ada sekolah vernakular kerana pemimpin etnik Cina dan India tidak berfikir sebagai negarawan tetapi kampungan.

Sistem tulisan asal bahasa Melayu ialah rencong. Selepas Islam datang ke Alam Melayu, tulisan jawi berkembang serentak dengan bahasa Melayu sebagai lingua franca dan ilmu dan maklumat tersebar dalam tulisan jawi secara meluas.

Tulisan (Melayu) menggunakan aksara Rencong

Tulisan (Melayu) menggunakan aksara Pallavi

Tulisan (Melayu) menggunakan aksara Kawi

Tulisan orang Melayu yg asal menggunakan tulisan rencong. Apabila Islam mendominasi Nusantara, tulisan jawi digunakan oleh seluruh Melayu Nusantara, dan kadar literasi meningkat mendadak kerana buku buku agama dan bukan agama ditulis dlm jawi. Cuma selepas merdeka, orang Melayu sanggup korbankan tulisan jawi dan tukar kpd tulisan rumi supaya pendatang dari Pentas Yangstze (benua China) dan Pentas Dekka (benua India) dapat kuasai Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Tulisan jawi dalam foto ini bila dibaca bunyi Melayu. Melayu yg pernah menganut agama “Buddha Hindu” di beberapa lokasi semenanjung Tanah Melayu dan Jawa pernah pinjam tulisan kuno Pahlava dan Sanskrit tapi ejaannya bila dibaca berbunyi bahasa Melayu, tidak bunyi bahasa tamil atau bahasa mandarin.

Aksaranya bukan rumi tapi bila dibaca, ia berbunyi bahasa Melayu. Peminjaman aksara in memang biasa berlaku di zaman masing-masing dan kemudian berubah kepada aksara jawi secara lenih meluas selepas penerimaan Islam di Alam Melayu

Litografi termasuk sistem tulisan awal Alam Melayu sebelum Pahlava, Jawi atau Rumi sampai ke Alam Melayu

Enrico Adrian Cruz Tolentino menulis:

“PERADABAN YANG DILUPAKAN

Satu masa dahulu, nenek moyang agung kita ras Malayo-Austronesia bukan hanya hebat sebagai penakluk lautan dunia yang hebat, kejuruteraan perkapalan yang hebat, ilmu falak, sastera dan kejuruteraan besi. Malah ramai yang tidak mengetahui bahawa ras kita iaitu Malayo-Polinesia mempunyai sistem tulisan asli sendiri yang tidak dipengaruhi dari aksara Pallava, Nagari dan Kawi yang berasal dari India.

Malah ras kita adalaha antara ras yang mempunyai sistem penulisan sendiri yang asli. Malah hingga kini bukti dalam bentuk artifak bersejarah yang kini disimpan di muzium-muzium di serata dunia terutama di Eropah. Kewujudan sistem tulisan ini adalah lebih lama sebelum kewujudan aksara Rencong (Melayu), Lontara (Bugis), Surat Batak (Batak), Baybayin (Tagalog), Kaganga (Rejang), Tagbanwa (Tagalog), Kawi (Jawa), Buda (Jawa), Had Lappung (Lampung) Lota Ende (Flores), Surat Incung (Kerinci) dan lain-lain aksara nusantara yang lain.

Kebanyakkan sistem aksara ini dikatakan mula digunakan di Nusantara pada abad-4 masihi. Dimana kewujudan semua aksara ini wujud setelah kedatangan Agama Hindu dan Buddha di Nusantara. Dimana aksara terawal Nusantara yang mempunyai pengaruh dari India mula digunakan oleh Kerajaan Kutai di Kalimatan.

Sebelum kewujudan semua jenis tulisan tersebut. Ras kita telah lama mempunyai sistem penulisan asli sendiri yang tidak dipengaruhi dari mana-mana unsur sistem penulisan asing. Malah lebih membanggakan, suku-suku pedalaman yang terasing dari dunia luar seperti Suku Kalinga iaitu satu suku pemburu kepala di Philipina juga mempunyai sistem penulisan dikenali sebagai Apo Whang Od yang dilukis kepada anggota badan suku mereka sebagai tatu. Begitu juga dengan Suku Maori yang tingal jauh di Kepulauan Oceania juga mempunyai sistem penulisan mereka sendiri.

Malah suku di Rapa Nui (Easter Island) yang tinggal nun jauh Kepulauan Oceania juga mempunyai sistem penulisan yang hebat dikenali sebagai Rongorongo. Sehingga kini, para pakar ilmiah dan ahli sejarah dunia masih tidak dapat merungkai misteri kehebatan sistem penulisan Rongorongo ini. Dimana satu suku yang terasing jauh dari peradaban lain di dunia boleh mempunyai sistem penulisan yang begitu maju pada masa tersebut.

Selain itu, Suku Minahasa di Sulawesi Utara juga mempunyai sistem tulisan asli mereka sendiri yang dikenali sebagai Malesung yang hingga kini sukar untuk diterjemahkan maksudnya oleh para pengkaji barat dan tempatan. Suku Dayak Iban di Kepulauan Borneo yang merupakan pahlawan pemburu kepala yang hebat juga mempunyai sistem tulisan yang begitu hebat sekali dikenali sebagai Papan Turai.

Kebanyakkan sistem penulisan purba ras Malayo-Austronesia ini mengalami kemerosotan dan kepupusan setelah kemasukkan sistem tulisan yang baru yang mempunyai pengaruh dari India bermula abad ke-4 masihi. Dipercayai sebenarnya terdapat lebih banyak sistem penulisan yang tidak diketahui kewujudannya dan hilang begitu sahaja setelah kedatangan sistem penulisan yang mempunyai pengaruh asas dari luar.

Maka dapat disimpulkan disini bahawa ras kita adalah satu ras yang telah mempunyai sistem penulisan mereka sendiri yang asli sebelum kedatangan sistem tulisan yang mempunyai unsur dari luar.”

Baca lagi di

https://iluminasi.com/bm/3-jenis-tulisan-orang-melayu-sebelum-jawi-rencong-pallavi-dan-kawi.html

Lebih Tua Dari Tulisan Jawi, Kenali Aksara Rencong, Asli Dari Alam Melayu Tanpa Pengaruh Tulisan Sanskrit
Apa itu tulisan Rencong, Janggang, Lampung, Bali dan Kawi?

Read Full Post »

Jati diri Melayu

Apa makna jati diri? Apa makna lambang identiti membentuk jati diri?

Jati diri membawa makna sifat-sifat, ciri-ciri, karakter, dan jiwa yang membentuk keutuhan diri melalui lambang identiti diri. Jika disebut jati diri bangsa, maka kita perlu faham dulu makna bangsa, kaum (etnik, suku) dan sub-kaum (sub-etnik, sub-suku).

Dalam konteks bangsa (nation) di Alam Melayu bangsa ini disebut “Rumpun Melayu” yang terdiri dari pelbagai etnik dan sub-etnik. Rumpun Melayu ini berada di Benua@Pentas Sunda@ Asia Tenggara yang dsiebut juga sebagai Alam Melayu. Cri-ciri mereka adalah kulit sawo matang, rambut ikal, kerinting dan lurus, hidung tidak mancung, ketinggian antara 5 hingga 6.5 kaki atau 152 cm-198 cm. Berbanding dengan penduduk dari Pentas Yangzte yang bermata sepet, kulit putih cerahj, putih kuning, dan putih merah, berambut lurus, ketinggian sekitar 137 cm – 182 cm, dan penduduk dari Pentas Dekka atau Benua India yang berkulit gelap, hidung mancung, dan berambut ikal dan kerinting.

Maka dari ciri-ciri fizikal itu kita sudah boleh kenal sesuatu bangsa dan kaum. Tetapi kita belum lagi kenal jati diri sesuatu bangsa dan kaum itu. Pastia ada lagi lambang identiti pada tubuh bangsa dan kaum yang memudahkan kita mengenali mereka.

Allah SWT telah berfirman di dalam Surah Al – Hujurat: Ayat 13 yang bermaksud “Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsabangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. mereka serta dikalangan sesama kaum mereka sendiri.

Maksud “lita’arafu” atau saling kenal mengenal ialah mereka kenal mengenal antara satu sama lain dalam kalangan sesama kaum mereka sendiri iaitu pastinya ada lambang identiti ketara yang boleh dilihat pada diri bangsa dan etnik dan juga sub-etnik.

Bagi jati diri bangsa Rumpun Melayu dan etnik Melayu di Malaysia, ada 10 lambang identiti yang ketara

  1. Islam
  2. Bahasa Melayu
  3. Tulisan jawi
  4. Busana Melayu
  5. Artifak senjata Melayu
  6. Adab-adat Melayu
  7. Etno-sains kesihatan dan Perubatan Alam Melayu
  8. Seni bela diri Melayu
  9. Makanan Melayu
  10. Motif Melayu pada senibina, seni tampak, seni halus, seni kaligrafi (melayu dan Islam)

Cuba kita bandingkan dengan senarai jati diri orang Jepun.

  1. Tulisan Jepun kekal sebagai bahasa utama dalam urusan rasmi, papan tanda, iklan dan media
  2. Pedang Samurai kekal sebagai warisan dan dihormati
  3. Ninja dan Karate kekal sebagai seni bela diri dan dihormati sehingga menjadi rebutan filem, permainan video, dan sukan gladiator
  4. Majlis minum tea dianggap majlis prestij
  5. Busana Kimono tradisi dan busana Samurai diberi penghormatan tinggi
  6. Tujuh prinsip Bushido dikekalkan dan diwarisi dalam kehidupan
  7. Agama Shinto masih kekal dianuti sebagai agama tradisi
  8. Tulisan kaligrafi Jepun diberi penghormatan

Cuba banding dengan jati diri orang China dan Korea

  1. Mereka kekal dengan bahasa China dan Korea
  2. Mereka pulihara dan kekal guna tulisan aksara China dan aksara Korea
  3. Busana China dan busana Korea masiih digunakan dan dihormati
  4. Seni bela diri Kungfu China dan Tae Kwan Do Korea terus diterima di peringkat dunia dan dihormati sehingga masuk ke dalam filem antarabangsa seperti Panda Kungfu.
  5. Makanan orang China seperti Yong Tau Fu dan makanan Korea mendapat tempat dalam dunia luar China dan Korea
  6. Kaligrafi China dan Korea amat dihormati

Cuba banding dengan jati diri Malaysia.

APA JATI DIRI MALAYSIA? APA LAMBANG IDENTITI MALAYSIA?

1. Bahasa kebangsaan negara ialah Bahasa Melayu tapis ebahagian rakyat tidak menerimanya sebagai bahasa utama, kerana sekolah vernakular tolak bahasa Melayu, iklan tidak dalam Bahasa Melayu, kenyataan rasmi kerajaan ada dalam bahasa lain dari Bahasa Melayu (semasa pemerintahan PH), PM berucap dalam Bahasa Inggeris di PBB; Bahasa Inggeris dijadikan bahasa utama dalam sektor swasta; pencarian pekerjaan, digunakan dalam mesyuarat kerajaan dan urusan dalam kerajaan di negara sendiri.

2. Tulisan JAWI dalam Bahasa Melayu tidak digunakan, malah dihapuskan dan dimusuhi oleh golongan vernakular; tidak digunakan dalam iklan. sedangkan tulisan jawi adalah medium dalam semua hubungan daalam empayar Melaka dan surat-menyurat dengan kerajaan Inggeris dan Portugis satu masa dulu. Jawi menjadikan empayar Melaka terkenal di seluruh dunia

3. Keris dimusuhi, dianggap khurafat, dan dibenci

4.Seni silat Melayu didimusuhi, dianggap khurafat, dan dibenci, termasuk oleh agamawan yang jahil tentang ilmu warisan

5. Tiada majlis prestij budaya utama di negara ini seperti majlis minum teh tradisi, cuma rumah terbuka hari besar perayaan etnik, tetapi hari budaya utama orang Melayu ialah hari-hari dan majlis yang berasaskan ajaran agama seperti Hari Maulidir Rasul, Hari 10 Muharram, Majlis Cukur Jambul, Majlis aqiqah, Hari Raya

6. Busana Melayu tradisi tidak diberi penghormatan dalam mengiringi Sultan dan Raja, tidak dipakai dalam Parlimen, tidak dipakai pada hari-hari besar perayaan negara, termasuk pada hari raya

7. Seni silat Melayu tidak mendapat penghormatan, malah dipandang sepi; tidak mendapat tempat dalam filem dan industri kreatif. Ramai anak mudah Melayu tidak mahu belajar silat, malah ada yang pandang serong pada silat.

8. Kita ada Rukun Negara, 5 prinsip utama, tetapi tidak dihayati oleh banyak pihak dari pemimpin hingga kepada rakyat

9. Agama Islam adalah agama persekutuan, mempunyai kedudukan tertinggi dalam Perlembagaan tapi diperlekehkan dalam urusan pentadbiran, malah dicabar untuk digugurkan dari Perlembagaan dalam beberapa kes, termasuk kes murtad, tukar agama, sekolah agama.

10. Tulisan khat Jawi kita hidup segan mati tak mahu di negara kita.

Apabila orang merasa benci terhpda lambang identi jati diri Melayu, maka mereka menjadi satu bangsa dan etnik yang amat lemah, berbanding dengan Jepun, Cina dan Korea yang hargai dan hayati jati diri mereka dalam kehidupan mereka dan kehidupan bernegara.

Siapa Melayu? Apa makna Melayu?

Ada orang Melayu merujuk kepada kawasan bukan bangsa. Pandangan ini amat menyeleweng. Kalau dilihat orang India ada lokasi benua India, orang China ada benua China, maka mana mungkin Melayu tidak ada benua. Justeru Melayu itu adalah satu bangsa (nation) sebagai satu Rumpun Melayu yang terdiri daripada pelbagai etnik dan sub-etnik di Pentas Sunda yang disebut juga sebagai Benua Sunda.

Dari sudut geografi, orang Melayu itu khususnya berada dalam lingkungan Pentas Sunda di Asia. Manakala Melayu diaspora berada ramai di Selatan Afrika, Arab Saudi, Australia, England, dan Surinam.. Dari sudut linguistiks, orang Melayu itu berangkai dari Pulau Easter hinggalah ke Madagaskar.

Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin pernah perkenalkan dua konsep penting dalam anthopologi dan digunakan di seluruh dunia oleh ahli2 sains sosial untuk menganalisa dan memahami fenomena atau isu2 sains sosial dalam masyarakat dan bernegara.

Konsep “everyday defined” dan “authority defined:

Everyday defined, atau definisi harian adalah definisi yang diberikan rakyat umum mengenai sesuatu. Ia ada pelbagai variasi dan boleh berubah. Misalnya, siapa Melayu.? Rakyat umum akan kata Melayu itu ada yang Islam, ada yang tidak Islam, Melayu adalah keturunan. Definisi harian ini menjadi popular dalam masyarakat awam di dalam dan luar negara. Tetpi ia bukan deifini autoriti jika mahu dipakai dalam negara kita.

Melayu ada darah Nusantara. Lalu ada yang kata orang yang bukan Melayu telah “masuk Melayu” apabila ia masuk Islam, ada yang tidak setuju dan kata mereka masih kekal keturunan mereka, bukan Melayu. Malah Jawa kata mereka bukan Melayu kerana bagi mereka Melayu ini satu sub-etnik di Sumatera. Pelbagai perbahasan panjang mengenai siapa Melayu. Apa pun, orang-orang yang kulit sawo matang, rambut kerinting, ikal, dan lurus, serta tinggi antara 5-6 kaki adalah ciri-ciri orang RUMPUN MELAYU di Pentas Sunda ini terdiri dri pelbagai etnik dan sub-etnik. Ia berbeza dengan orang Cina, Jepun, dan Korea dari Pentas Yangtze mempunyai warna kulit putih, putih kuning langsat, dan putih merah serta mata sepet. Dan ia juga berbeza dengan orang-orang dari Pentas Dekka atau Benua India yang berkulit hitam dan hidung mancung.

Authority defined atau definisi autoriti ialah takrifan yang diberikan oleh pihak berkuasa undang2 iaitu pihak kerajaan dan didokumentasikan dalam bentuk Perlembagaan, yang menjadi suatu rujukan mutlak. Misalnya dalam isu siapa Melayu, Akta dalam Perlembagaan Perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia, orang Melayu itu mestilah [1] beragama Islam, [2] mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu dan [3] (a) lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau Singapura, atau pada hari merdeka telah bermastautin di Persekutuan atau Singapura atau (b) ia adalah keturunan dari seseorang yang tersebut. Definisi autoriti ini hanya terpakai di Malaysia sahaja, bukan di Indonesia, Thai, Brunei, dan Indonesia

Dalam perbahasan isu siapa Melayu ini, kalau dirujuk definisi autoriti, maka banyak perkara dapat diselesaikan. Dalam urusan pentadbiran dan pengurusan negara, definisi ini penting bagi menyelesaikan pelbagai isu.

Read Full Post »

Alam Melayu memang terkenal dengan kain di atas kepala….”head dress” …mengapa? Ia adalah kerana persekitaran alam dan cuaca tempatan di zon Katulstiwa ini sering ditimpa panas dan hujan. Maka sehelai kain di atas kepala samada kain pelikat atau kain lepas dibentuk atau diikat d iatas kepala bagi

1. melindungi haba panas

2. melindungi dari timpaan hujan

3. dijadikan tuala mengelap peluh

4. dijadikan tuala untuk mandi dan mengelap tubuh selepas mandi

5. dijadikan alat memikut barang (biasanya mereka yang berkebun dan bertani)

6. dijadikan oleh ibu untuk mengedong anak

7. dijadikan alat sebagai “senjata” mempertahankan diri

8. dijadikan selimut

9. menyatakan kedudukan seseorang dalam masyakarat tempatan

10. menjadi aksesori atau artifak budaya yang menampilkan pelambangan jatidiri orang di bawah Rumpun Melayu.

Semutar, Tengkolok, Destar, Tanjak

Masyarakat Alam Melayu di kawasan tropika sejak sebelum Islam dan sebelum ada tanjak lagi memang sudah ada kain di atas kepala sebagai satu alat untuk tujuan yang disebutkan dalam senarai di atas. Jika kita lihat orang dari utara Pentas Sunda, termasuk Kemboja, Selatan Vietnam, Selatan Filipina sampai ke Sulawesi, dan Jawa serta Sumatera, memang sudah ada kain di atas kepala, lelaki dan perempuan dalam kalangan penduduk Alam Melayu atau Pentas@Benua Sunda ini.

Apabila masa berjalan, suasana berubah, urusan masyarakat menjadi lebih tersusun, maka kain di atas kepala itu telah diolah untuk meraikan perbezaan kedudukan, pangkat dan status seseorang dalam masyarakat. Maka lahirlah tengkolok, destar dan tanjak yang bermula dengan semutar.

Apabila Islam sampai ke Pentas Sunda dan perkenal serban, makan Alam Melayu mudah terima Islam kain serban atas kepala sebab Islam datang bukan untuk menghapuskan budaya dan adat Alam Melayu. Di dalam Islam menutup kepala adalah sunnah Nabi yang tapi ia jatih dalam ketegori hukum sunat, bukan wajib. Orang Melayu memang sudah ada kain tutup kepala. Apabila srban diperkenalkan olehNabi s.a.w., serban tidak jauh dari adat dan budaya Melayu, maka merujuk kepada apa yang Hamka gariskan “adat bersendikan syarak, syarak bersendikan kitabullah, syarak mengata, adat memakai”, orang Melayu terus mengambil serban sebagai salah satu alat menutup kepala. Menjadi adat lokal atau kelaziman di Alam Melayu yang berserban ini biasanya ulama, guru agama, ustza, tok guru, dan orang-orang mahu dikenali sebagai “pejuang Islam”, tetapi ia bukan wajib untuk berserban.

Hakikatnya Islam datang memurnikan akidah dan adat-adab serta budaya, bukan untuk menghapuskan adat-adab dan budaya orang Melayu. Apabila kain di atas kepala ini sudah menjadi sebati dalam kehidupan penduduk Alam Melayu, terdapat kreativiti dan inovasi dalam kalangan orang di Alam Melayu yang mengolah bentuk rupa kain di atas kepala. Maka timmbullah ikatan-ikatan yang diterima sebagai ikatan khusus untuk orang berpangkat, yang ada kedudukan dalam masyarakat tempatan, kemudian dipanggil tanjak, desar, tengkolok dan apa sahaja nama mengikut sosio-budaya tempatan masing-masing di Alam Melayu.

Hari ini kain di atas kepala orang Melayu menjadi satu daripada busana tradisional dan busana kebangsaan dalam budaya penduduk di Alam Melayu. Ia mempunyai nilai budaya yang menjadi lambang jati diri penduduk Alam Melayu.

Kalau kita sudah maklum pakaian pada tubuh Rasulullah s.a.w. seperti mana yang dinyatakan dalam kitab-kitab seerah nabawiyyah, bahawa selain seluar dan jubah (busana Arab), Nabi ada tiga kain serban, di kepala, ditengkok leher dan dipinggang. Apabila diadaptasi dalam busana Melayu ketiga-tiga “wajah kain serban” itu dapat dilihat pada tanjak di kepala, selempang yang diletakkan di tengkok@leher, yang mana kain jatuh ke badan dan iakatan pada pinggang iaitu samping yang dipakai dalam busana Melayu. Itulah bentuk adaptasi busana Melayu yang menyamai tiga kain serban yang dipakai oleh Rasulullah s.a,w.

Songkok dan kopiah juga adalah objek penutup kepala, yang lebih ringkas dari kain. Songkok diperkenalkan oleh pedagang dan peniaga dari benua India apabila mereka datang ke Melaka. Manakala kopiah pula diperkenalkan oleh pedagang China yang beruagama Islam. Peniaga dan pedagang Melayu mudah untuk memberi ruang kepada songkok dan kopiah sebagai satu bentuk akomodasi sebagai tanda hormat menghormati antara satu sama lain yang berlainan budaya. Dalam dunia sosio-budaya perniagaan, mengadaptasi artifak pakaian orang lain, pelamnggan atau peniaga, adalah satu kaedah “bersamaan” untuk menjaga hubungan baik. Maka akhirnya orang Melayu mudah menerima songkok dari India dan kopiah putih dari China. Malangnya tarbus dari Turki tidak menyerap dalam pakaian harian orang Melayu kerana tidak banyak pedagang dan peniaga dari Turki yang datang ke Benua Melayu. Oleh itu pengaruhnya amat minima walaupun ia adalah objek yang menutup kepala. Begitu juga topi dari barat tidak lekat pada penghayatan orang Melayu kerana ia dari bukan Islam, dari penceroboh@penjajah yang datang ke Alam Melayu untuk merampas tanah dan hasil mahghul bumi serta menguasai politik Alam Melayu. Apatah lagi topi tidak sesuai untuk di bawa dalam solat kerana menyukarkan untuk sujud dengan mengenakan dahi pada tempat sujud di lantai. Biarpun ada Melayu yang mudah menerima songkok dan kopiah, semutar tengkolok dan tanjak adalah lambang identiti orang Melayu yang asli dan benar.

Sebagai kesimpulan busana Melayu adalah pakaian yang menjadi indikator pertama yang memberi makna kepada lambang identiti orang Melayu. Lambang ini menjadi salah satu dari jati diri orang Melayu yang mudah dikenal seperti yang disebutkan dalam ayat ke 13 Surah Al Hujurat.

Wallahualam

Baca lagi

https://selongkar10.blogspot.com/2020/02/12-jenis-ikatan-tanjak-destar-tengkolok.html

https://tengkolokwarisan.yolasite.com/jenis-jenis-tengkolok.php

https://destarmelayu.blogspot.com/2019/02/ulasan-semua-jenis-buku-destar-tanjak.html

http://pecintawarisanmelayu.blogspot.com/2017/03/tanjak-warisan-melayu.html

Read Full Post »