Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Opinion’ Category

journalismSlogan “berakar lokal, berfikir dan bertindak global”  boleh dilihat dengan ketara dalam dunia teknologi maklumat dan komunikasi masa kini.

Sesungguhnya kehadiran teknologi Web 2.0 yang menawarkan ciri interaktif kepada pengguna telah memberi kesan yang besar dalam dunia kewartawanan.  Begitu juga dengan kebanjiran telefon pintar (Smartphone) yang menawarkan pelbagai mobile apps termasuk aplikasi komunikasi seperti whatsapp, viber, wechat dan skype juga telah menembusi bidang pemberitaan awam yang mencabar saluran media arus perdana.

Hari ini “semua orang” yang memiliki akaun

  • Facebook
  • Twitter
  • Blog
  • Youtube
  • Whatspp dan lain-lain aplikasi program komunikasi

boleh menjadi “pemberita” dan “wartawan” sukarela yang tidak rasmi apabila mereka berkongsi berita, maklumat, dan peristiwa yang berlaku di sana sini dalam konteks lokal mahukan global.  Pengguna Web 2.0 dan Smartphone menjadi sukarelawan dan sukarelwati dalam pemberitaan awam. Mereka boleh melaporkan sesuatu peristiwa, insiden, kemalangan, dan detik-detik tertentu yang berlaku depan mata dengan cepat, meluas, dan boleh dipercayai melalui media sosial dengan mengepilkan foto, catatan teks, video, dan audio melalui ruang siber mahupun ruang komunikasi telefon pintar.

SATU MINIT

Ini bermakna transaksi maklumat dalam perlbagai format (teks, video, audi, foto dan grafik) tersebar begitu banyak dalam seminit. Pola data ini tidak termasuk data SMS dan mesej melaui telefon pintar.

Pada tahun 2011 sahaja,  7.8 trillion SMS mesej dihantar ke sana ke mari  (Febuary 2012) dan manakala  207 billion MMS pula telah tersebar  secara global.  Over-the-Top (OTT) mesej mencecah  3.5 trillion pada tahun yang sama

Hari ini  pengguna WhatsApp telah berkongsi 325 million foto setiap hari.  Mereka juga menghantar 11 billion mesej dan menerima 20 billion mesej setiap hari (dikira berasingan kerana sebahagian mesej dihantar kepada lebih dari seorang penerima).

Global-Messaging-Report-1

Dengan trend laluan trafik maklumat di lebuhraya maklumat dan telekomunikasi, kita dapati bahwa aktiviti pemberitaan awam secara sukarela akan terus membanjiri media sosial dan komunikasi serta mendominasi media arus perdana.

Apabila bilangan telefon bimbit dan telefon pintar meningkat, orang awam tidak lagi bergantung kepada arus perdana untuk mendapatkan berita kerana pengedaran dan perkongsian maklumat termasuk berita akan berlaku melalui media telekomunikasi. Pengguna akan mempunyai pilihan untuk membaca pautan maklumat berita atau membiarkannya sahaja maklumat tersebut berlalu, dan memadamnya pada waktu kemudian.

Paling terkini, kita lihat bagaimana 3 kes di bawah ini mendapat liputan media arus perdana dan rakyat Malaysia menjadi peka dan bercakap mengenainya. Pemberitaan 3 kes ini bukan diperolehi atau disebar oleh pemberita atau wartawan, tetapi 3 kes ini dikutip dari media sosial dan komunikasi yang disebarkan kepada pengguna di seluruh dunia.

  • Kes sekumpulan penganut agama Buddha melakukan ritual sembahyang (meditasi) di satu surau di pusat rekereasi Johor. Video insiden ini disebarkan melalui media sosial dan komunikasi telefon pintar yang akhirnya membawa kepada penahahan pengurus pusat rekreasi tersebut dan permohonan maaf oleh NGO agama Buddha kepada rakyat Malaysia. http://www.youtube.com/watch?v=oDvJnBnK5J0 13 Ogos 2013
  • Kes seorang suami memukul isterinya secara melampau depan anak-anaknya di dalam sebuah lif dan di luar lif pada 14 Ogos 2013.  Video tersebut tersebar luas dan kemudian dipetik oleh media arus perdana yang membawa kepada campurtangan polis. Akhirnya lelaki berkenaan telah menyerah diri kepada polis. http://www.youtube.com/watch?v=tUSr_i-ksoo
  • Kes laporan polis tersebar mengenai laporan pengadu (budak perempuan 12 tahun) yang dirogol oleh 12 budak lelaki umur 12-14 tahun yang dikenali oleh pengadu melalui media sosial dan whatsapp 28-29 Sept 2013. Dalam beberapa jam selepas sebaran maklumat mengenai perkara ini tersebar luas, polis meminta orang ramai supaya menghentikan sebaran laporan serta foto remaja yang ditahan oleh polis.

Tiga contoh ini sudah cukup menunjukkan bagaimana orang awam diperingkat lokal  telah menjadi “pemberita sukarela” secara global dalam memaparkan insiden dan peristiwa menggunakan teknologi Web 2.0 dan Applikasi Mobile

Dalam bidang kewartawanan, orang yang menjadi saksi di tempat kejadian atau pemilik sumber asal maklumat menjadi saksi yang sahih dan yang boleh dipercayai. Laporan saksi pertama adalah dianggap baik dan tepat. Syarat kedua yang juga penting dalam bidang kewartawanan ialah bahan yang dikutip dan dikongsi sebagai bukti sahih dari segi pemilikan pertama tidak disunting dan tidak diubahsuai. Dengan itu, saksi pertama adalah pemilik kepada bahan bukti itu dikira syarat penting dalam menyakinkan orang awam terhapad peristiwa yang dilaporkan. Sumber ini dikenali sebagai sumber primer (primary) atau utama.

Apabila bahan bukti digunakan oleh pihak keselamatan seperti polis dan media arus perdana untuk dipapar semula kepada orang awam, maka bahan bukti tersebut boleh menjadi sumber sekunder (secondary), kerana dia dilaporkan oleh pihak ketiga. Kemungkinan olahan ayat, jalan cerita, dan bahan bukti telah diubahsuai tidak dapat dinafikan. Dengan itu, saksi sekunder dan bahan sekuder tidak boleh dipercayai kesahihannya dan ia boleh dinafikan.

Misalnya apabila pemberitaan oleh TV dan akhbar melaporkan insiden dan peristiwa yang “memilih” sudut atau aspek tertentu dalam bahan yang ditontonkan, maka ia menjadi satu manipulasi oleh pemilik stesen TV dan akhbar. TV dan akhbar boleh dianggap sebagai melawanggar etika kewartawanan apabila memanipulasi berita untuk kepentingan pihak tertentu.  Contohnya dalam kes himpunan BERSIH di Kuala Lumpur sepanjang 2011-2013, ribuan foto dan puluhan video disebarkan melalui teknologi Web 2.0 dan aplikasi mobile, tetapi TV dan akhbar “memilih” aspek tertentu untuk dipaparkan dalam TV dan akhbar sedangkan rakyat lebih  dahulu mendapat maklumat yang lebih meluas (teks, foto, video) tentang apa yang berlaku. Walaupun ada sebahagian kecil video dalam Youtube telah disunting oleh mereka yang berkepentingan, majoriti video yang disebarkan oleh orang awam adalah dalam keadaan video asal. Begitu juga majoriti foto yang disebarkan adalah foto asal yang dirakam oleh telefon bimbit dan kamera pengguna

Satu lagi contoh pemberitaan TV dan akhbar yang tidak profesional serta boleh dianggap sebagai melanggar etika kewartawanan ialah apabila mereka “memilih” maklumat dari sumber sekunder dan bahan yang tidak asli iaitu dalam kes video seks pemimpin tertentu. Satu blog orang awam yang tidak berautoriti (tidak diiktiraf sebagai badan berdaftar) dan tidak ada nama pemilik yang jelas telah menyebarkan video seks seorang pemimpin politik tanah air. Apabila TV dan akhbar arus perdana memetik rakaman video yang telah disunting dan tidak lagi dalam keadaan asal (original) serta rakaman yang samar-samar, lalu disebarkan bahan sekunder ini kepada awam, ia dianggap sebagai fitnah kerana sumber pemilik blog dan video adalah sumber sekunder yang diragukan.

Dalam ertikata lain, pemberitaan awam oleh TV dan akhbar arus perdana yang menggunakan sumber sekunder boleh dipertikaikan, dan pemberitaan awam menggunakan bahan sekunder juga boleh dipertikaikan. Tetapi apabila pemilik berita dan bahan bukti dapat disahkan sebagai saksi utama atau primer dan bahan bukti juga adalah bahan asal atau primer, maka berita itu boleh dipercayai.

Apabila orang awam menyampaikan berita atau liputan mengenai sesuatu peristiwa, orang awam harus memahami maksud kewibawaan dan akauntabiliti dalam pemberitaan awam. Dalam bidang kewartawanan, terdapat SOP (standard operating procedure) atau langkah-langkah pengesahan sesuatu berita, dan ada kalanya proses pengesahan ini memakan masa yang panjang. Patuh kepada SOP adalah salah satu etika dalam bidang kewartawanan. SOP inilah yang menentukan kewibawaan dan akauntabiliti sesuatu berita yang disampaikan.

Bagi orang awam, mereka tidak mempunyai SOP seperti dalam bidang kewartawanan. Mereka hanya kongsi dan sebar maklumat mengenai sesuatu berita tanpa mereka menyemak sejauh mana sahihnya sesuatu berita itu. Dalam kotak pemikiran mereka, aspek kewibawaan dan akauntabiliti bukan perkara penting. Apa yang penting ialah hanyalah sebar dan kongsi serta siapa yang  “tahu dulu” mengenai sesuatu berita atau peristiwa.  Inilah dua aspek, iaitu  kewibawaan dan akauntabiliti, yang perlu dididik dalam masyarakat yang sudah pun memiliki teknologi baru seperti smartphone dan tablet PC.

Sebagai kesimpulan,   pemberitaan awam oleh rakyat secara sukarela menggunakan teknologi Web 2.0 dan  aplikasi mobile yang mula membanjiri dunia kewartawanan tanpa sempadan ini telah mencabar wartawan rasmi dan TV serta akhbar arus perdana bukan sahaja dalam konteks lokal tetapi juga dalam konteks global. Apakah mungkin orang awam boleh dididik menjadi pemberita awam sukarela yang memahami etika dalam kewartawanan dalam membezakan antara sumber primer dan sumber sekunder, saksi utama atau primer dan saksi sekunder?

Sumber rujukan:

http://www.dailymail.co.uk/sciencetech/article-2381188/Revealed-happens-just-ONE-minute-internet-216-000-photos-posted-278-000-Tweets-1-8m-Facebook-likes.html

http://mobithinking.com/mobile-marketing-tools/latest-mobile-stats/c#mobilemessaging

http://allthingsd.com/20130806/the-quiet-mobile-giant-with-300m-active-users-whatsapp-adds-voice/

Advertisements

Read Full Post »

parkingSaya terusik apabila melihat ada tanda “signage” iaitu “parkir” di Kuala Lumpur yang kini bukan sahaja disebut di bibir masyarakat Malaysia tetapi sudah jadi signage di KL. Perkataan in dipinjam dari bahasa Indonesia yg berasal dari perkataan “parking” dalam bahasa Inggeris atau “parkeren” (= meletakkan kereta) dalam bahasa Belanda. Di Malaysia, kita menggunakan perkataan “tempat letak kereta” yang mana perkataannya panjang iaitu 3 perkataan yang menggunakan 7 sukukata sedangkan perkataan pakir hanya 1 dan 2 sukukata.

pakir Dari segi memproses maklumat dalam kognitif kita, ia melambatkan pemprosesan maklumat dalam pemikiran manusia berperanan apabila sesuatu perkataan itu panjang dan sukukata yang banyak. Apakah kita tidak mahu mencari dan mencipta perkataan baru lagi di Malaysia? Bagaimana dengan DBP? Bagaimana dengan Jabatan Linguistik di Universiti di Malaysia? Apakah proses inovasi dan kreativiti sudah tertutup?

Salah satu aspek yang melestarikan kelangsungan atau survival sesuatu bahasa ialah bahasa meminjam perkataan daripada bahasa lain apabila tidak ada perkataan yang boleh mengkonsepsi sesuatu maksud. Misalnya perkataan komputer dipinjam dari barat. Tidak ada pilihan lain. Kalau diberi nama “mesin elektronik canggih” untuk mengkonsepsikan komputer maka ia memang melucukan.

Jadi parkir lebih mudah disebut dan dikonsepsikan. Apabila lebih 1.5 juta rakyat Indonesia bekerja di Malaysia maka perkataan parkir menjadi suatu perkataan sudah diterima pakai dalam negara kita. Meminjam perkataan secara sedar atau tidak sedar ini menjadikan bahasa Melayu terus lestari kerana ia memudahkan komunikasi ahi masyarakat, tetapi ia mengganggu “jatidiri” bahasa Melayu di Malaysia. Seolah-olah ia menggambarkan betapa kita tidak prihatin dan tidak ada usaha untuk responsif (maaf pinjam bahasa asing) kepada keperluan kelangsungan bahasa Melayu.

parkirKalau kita boleh ringkaskan Kampung menjadi Kg., atau panggung wayang gambar menjadi “pawagam”, mengapa tidak boleh “tempat letak kereta” diringkaskan bagi mengkonsepsikan maksud yang kita faham. Apakah “teleke” itu sesuai atau pelik? Adakah mengambil sukukata wal seperti te-tempat, le-letak, ke-kereta, mengambil sukukata awal bagi 3 perkataan itu satu formula yang tepat? Atau “tempat letak kenderaan” diganti dengan “teleke” tidak parkir? Apakah parkir tidak pelik? Kalau tidak pelik dan boleh terima, maka putuskan dan maklumkan kepada masyarakat awam tentang penerimaannya.

Rupa-rupanya di Terengganu sudah ada “parkir  automatik” (automatic parking) yang boleh diterjemahkan sebagai “tempat letak letak kereta kendiri”. Apakah ini bermakna perkataan asing lebih mulia dan tinggi darjatnya daripada bahasa  ibunda sendiri? Atau pihak bertanggungjawab tidak kisah “parkir” atau “tempat letak kereta”? Adakah yang lebih penting ialah asalkan semua orang faham dan boleh terima perkataan asing dalam bahasa Melayu dan tidak perlu berbalah dalam isu perkataan ini?

Kita takut bahasa Melayu hilang jati diri tetapi kita tidak berusaha menghalang “tempat letak kenderaan” menjadi pakir di Malaysia. Kita takut pinjam perkataan atau cipta perkataan baru dengan ringkasan perkataan tetapi kita tidak takut bilangan kosakata bahasa Melayu terus statik dan tidak berkembang. Kita tidak mahu jadi seperti Indonesia yang membuat ringkasan perkataan secara tidak menentu dan terlalu bebas dan melampau tanpa ada panduan dan formula yang konsisten, tetapi kita tidak boleh lari dari proses pertumbuhan dan pengembangan bahasa Melayu atau kita akan ditenggelamkan oleh bahasa lain kerana bahasa kita pasif, jumud, dan terlalu “territorial”.

letak keretaApakah “dalian” bermaksud “dalam talian” itu suatu yang melampau untuk diringkaskan sebagai ciptaan perkataan baru dalam bahasa Melayu? Apakah jejari dari jari-jari pada roda basikal dan motosikal itu satu yang melampau? Atau dedaun dari daun-daun? Bukankah jejari dan dedaun sudah diterima? Apa formulanya?

Kalau jejari dan dedaun boleh dicipta dan diterima, mengapa tidak boleh “kekupu” dari kupu-kupu, “kekadang” dari kadang-kadang, “tetiba” dari tiba-tiba, “memasing” dari masing-masing, “sesama” dari sama-sama, dan pelbagai lagi perkataan berganda lain dalam bahasa kita yang melambatkan proses berfikir untuk konsep yang sama dan konsep yang mudah. Apakah formula yang kita gunakan bila kita terima jejari dan dedaun?

Persoalannya: apakah inisiatif kita dalam memastikan kelangsungan bahasa Melayu terus relevan? Apakah dengan menjadi “polis” bahasa itu sudah cukup menjadi tugas ahli bahasa di DBP dan di Jabatan Linguistik? Kita mahu memulihara jatidiri bahasa Melayu supaya tidak rosak tetapi dalam masa yang sama kita perlu inovatif dan kreatif dalam memulihara Bahasa Melayu kita.

Read Full Post »

Pada 30 Mac 2012,  saya telah memaparkan satu artikel https://supyanhussin.wordpress.com/2012/03/30/falsafah-huruf-ain-membezakan-maklumat-dan-ilmu/ mengenai falsafah huruf ‘ain  dan hubungannya dengan maklumat dan ‘ilmu .

Setelah lebih setahun, melalui proses perbincangan ilmiah dan pembentangan kertas kerja serta kursus pengajaran dan pembelajaran mengenai falsafah huruf ‘ain ini, saya ingin menambah 3 lagi perkataan dalam bahasa Arab yang bermula dengan ‘ain berkaitan dengan perbezaan maklumat dan  ‘ilmu.  Pada artikel yang pertama, dibahaskan ‘ilmu tidak wujud tanpa ada pemerhatian tentang ‘alam. Apa yang berlaku dalam kehidupan dan ‘alam kita, kita dapat melihat pola, tabiat, atau trend, yang dilihat sebagai maklumat.

Perbahasan awal mengenai beza antara maklumat dan ‘ilmu adalah bersandarkan kepada:

1. ‘alam عالم

2. ‘ilmu علمو

3. ”amal عمل

Kini perbahasan ini menambah tiga lagi ‘ain dalam senarai iaitu:

1. ‘alam عالم

2. ‘ibarah عباره

3. ‘ilmu علمو

4. ‘amal عمل

5. ‘alim عاليم

6.abid عبيد

 

ain 1


Apabila  manusia memerhati ‘alam, merenung bagaimana matahari beredar, melihat bagaimana hujan turun dari langit melalui celah awan, menyaksikan bagaimana burung boleh mengimbangkan badan untuk terbang, dan melihat bagaimana air sungai dari atas gunung yang mengalir deras ke lembah, maka manusia mula mencatatkan maklumat terhadap pemerhatian yang dibuat. Maklumat ini di namakan ‘ibarah atau pengajaran atau prinsip. Apa fungsi matahari? Apa berlaku bila matahari tidak ada? Mengapa matahari hilang apabila malam? Apakah kebaikan yang boleh diambil dari air deras? Bagaimana burung boleh terbang dan bagaimana cara  supaya manusia boleh terbang? Bagaimana air boleh berkumpul di dalam awan dan kemudiannya menurunkan hujan? 

 

Slide1

Dari pemerhatian ‘alam inilah dicatat  ‘ibarah atau pengajaran atau prinsip yang akan digunapakai, diuji, dibahas, dan diselidiki aplikasinya dalam pelbagai konteks sebelum ia boleh menjadi satu ‘ilmu.   

ain 3

‘Ilmu terbentuk apabila ia sudah diproses dalam minda yang melibatkan taksonomi seperti yang disebut oleh Bloom: mengenali, mengklasifikasi, membandingkan, mesintesis, menganalisa dan membina semula dan menyusun maklumat yang sudah digarap itu untuk menjadi satu bentuk ‘ilmu yang bermakna pada diri orang yang memproseskan maklumat atau  ‘ibarah itu. Ertinya dari ‘alam, maka terbitlah  ‘ibarah dan kemudiannya menghasilkan ‘ilmu yang boleh digunapakai untuk urusan kehidupan.  Jika ia dirakamkan dalam tulisan jawi, maka kita melihat dua ‘ain iaitu ‘ain bagi perkataan ‘alam dan perkataan ‘ilmu.

Bagi menguasai ‘ilmu, seseorang itu memerlukan bahasa untuk mengkonsepsikan maksud perkataan bagi sesuatu benda mahupun untuk berbincang atau berkomunikasi mengenai sesuatu benda itu. Memiliki sesuatu bahasa untu menamakan sesuatu benda atau perkara adalah proses mencatat ilmu dan komunikasi. Hal ini dirakamkan oleh Allah SWT di dalam kita suci Al Quran yang mengisahkan penciptaan Nabi Adam a.s. Allah mengajar Nabi Adam akan nama-nama benda dalam bahasa yang diberikan kepada Nabi Adam supaya Nabi Adam memahami konsep sesuatu benda yang memiliki nama yang khususnya misalnya pokok, air, burung, tanah dan pelbagai lagi.

ain 2

Dengan adanya nama-nama benda, maka ia memudahkan manusia untuk bercakap, berbincang dan berbahas  mengenai sesuatu maklumat atau  ‘ibarah sebelum ia menjadi sekeping ‘ilmu.

Apabila ‘ilmu itu disudah dimantapkan, maka ia akan digunapakai dalam pelbagai konteks, dan penggunaan ini disebut sebagai ‘amal, yang dieja dalam tulisan jawi dengan huruf ‘ain juga. Orang yang mahir dalam ‘ilmu disebut sebagai ‘alim. Kata jama’ pada ‘alim ialah ‘ulama’. Oleh itu kita boleh melihat bagaimana ‘ain dalam ‘alam, ‘ain dalam ‘ilmu dan hubungannya dengan ‘ain dalam ‘amal. Ia tersusun begitu rupa berdasarkan sunnatullah yang dicipta oleh Allah dan urutan itu bukan berlaku secara kebetulan.

Seorang yang ‘alim atau pintar atau pakar belum tentu mempunyai hubungan dengan Tuhan dan belum tentu tunduk dan patuh pada Tuhan. Apabila seorang ‘alim tidak merasakan kehadiran Tuhan yang Maha Pencipta sekelian makhluk dan ‘alam, maka belum tentu ‘ilmunya akan dipandu oleh nilai moral atau akhlak yang bertunjangkan kepercayaan kepada Tuhan.

Maka di sini perlunya seorang yang ‘alim itu tetapi memiliki sifat ‘ubudiyyah terhadap Tuhan. Menjadi seorang yang ‘abid yang memiliki jiwa ‘hamba’ kepada Tuhan akan menjadikan seorang ‘alim itu memiliki sifat-sfat yang baik seperti rendah diri, timbangrasa, mesra, kerjasama, prihatin, dan suka  tolong menolong. Dengan sifat demikian,  seorang ‘alim akan terus mencari dan menambah ‘ilmu dalam ‘alam yang luas ini serta  menjana dan menyebar ‘ilmu kepada orang lain yang turut sama dahagakan akan ‘ilmu. Inilah satu bentuk kepatuhan, ketundukan, dan kesyukuran orang ‘alim pada Tuhannya.

Sebagai kesimpulan, maka jelaslah bahawa maklumat tidak sama dengan ‘ilmu.  Maklumat hanyalah data atau cebisan paparan yang boleh dibaca atau didengar dan boleh difahami yang dikenali sebagai ‘ibarah. Maklumat menjadi ‘ilmu setelah ia melalui proses kematangan kognitif. Ada manusia yang menjadikan maklumat sebagai barang komoditi yang boleh dijual dan dipakejkan dalam pelbagai bentuk; ada manusia yang menjual ilmu dan mengenakan yuran untuk menjual sesuatu ‘ilmu.  Kapitalis melihat maklumat dan ‘ilmu sebagai suatu bentuk yang boleh didagangkan, manakala ada kelompok manusia yang menggangap kedua-duanya iaitu maklumat dan ‘ilmu harus dikongsikan bersama.

Read Full Post »

Please acknowledge the source (the conference) if you are going to use any content here in your talk or writing.

This slideshow requires JavaScript.

Read Full Post »

Punctuation can make a difference in our sentences. Each punctuation mark carries some meanings, and therefore, we must use punctuation marks correctly. Punctuation marks are symbols or icons that are used in various languages to organize phrases, sentence structures specially in writing. On the other hand,  punctuation marks would indicate the vocal rhythm and emphasis of words, phrases, and sentences. The symbols implicate different meanings in specific contexts.

What are the punctuation marks?  The most commonly used punctuation in the English language are period, comma, colon, semicolon, apostrophe, question mark, exclamation mark, dash, hyphen, and parentheses

Let’s study a few samples of punctuation here

Caution: If you write a term paper or a thesis, make sure you use punctuation marks accurately. Although the symbols seem “small” or “little”,   too many punctuation mistakes  in the paper will irritate the readers and examiners. As a result, your paper will be downgraded.

Read more:

Read Full Post »

Cuba anda baca karangan ini. Longhat atau dialek negeri manakah agaknya bunyi bahasa dalam karangan ini? Apakah pelajar ini pelajar sekolah rendah atau sekolah menengah? Bagaimanakah agaknya cara yang sesuai bagi guru kepada pelajar tersebut untuk tangani hal berkenaan? Ini baru satu pelajar. Apa jadi bila ada ramai pelajar yang menulis begini?

Sumber grafik dari FB Syzana

Read Full Post »

by Scott Sonnon

When an old man died in the geriatric ward of a nursing home in an Australian country town, it was believed that he had nothing left of any value.
Later, when the nurses were going through his meagre possessions, They found this poem. Its quality and content so impressed the staff that copies were made and distributed to every nurse in the hospital.

One nurse took her copy to Melbourne. The old man’s sole bequest to posterity has since appeared in the Christmas editions of magazines around the country and appearing in mags for Mental Health. A slide presentation has also been made based on his simple, but eloquent, poem.

And this old man, with nothing left to give to the world, is now the author of this ‘anonymous’ poem winging across the Internet.

Cranky Old Man

What do you see nurses? . . .. . .What do you see?
What are you thinking .. . when you’re looking at me?
A cranky old man, . . . . . .not very wise,
Uncertain of habit .. . . . . . . .. with faraway eyes?
Who dribbles his food .. . … . . and makes no reply.
When you say in a loud voice . .’I do wish you’d try!’
Who seems not to notice . . .the things that you do.
And forever is losing . . . . . .. . . A sock or shoe?
Who, resisting or not . . . … lets you do as you will,
With bathing and feeding . . . .The long day to fill?
Is that what you’re thinking?. .Is that what you see?
Then open your eyes, nurse .you’re not looking at me.
I’ll tell you who I am . . . . .. As I sit here so still,
As I do at your bidding, .. . . . as I eat at your will.
I’m a small child of Ten . .with a father and mother,
Brothers and sisters .. . . .. . who love one another
A young boy of Sixteen . . . .. with wings on his feet
Dreaming that soon now . . .. . . a lover he’ll meet.
A groom soon at Twenty . . . ..my heart gives a leap.
Remembering, the vows .. .. .that I promised to keep.
At Twenty-Five, now . . . . .I have young of my own.
Who need me to guide . . . And a secure happy home.
A man of Thirty . .. . . . . My young now grown fast,
Bound to each other . . .. With ties that should last.
At Forty, my young sons .. .have grown and are gone,
But my woman is beside me . . to see I don’t mourn.
At Fifty, once more, .. …Babies play ’round my knee,
Again, we know children . . . . My loved one and me.
Dark days are upon me . . . . My wife is now dead.
I look at the future … . . . . I shudder with dread.
For my young are all rearing .. . . young of their own.
And I think of the years . . . And the love that I’ve known.
I’m now an old man . . . . . . .. and nature is cruel.
It’s jest to make old age . . . . . . . look like a fool.
The body, it crumbles .. .. . grace and vigour, depart.
There is now a stone . . . where I once had a heart.
But inside this old carcass . A young man still dwells,
And now and again . . . . . my battered heart swells
I remember the joys . . . . .. . I remember the pain.
And I’m loving and living . . . . . . . life over again.
I think of the years, all too few . . .. gone too fast.
And accept the stark fact . . . that nothing can last.
So open your eyes, people .. . . . .. . . open and see.
Not a cranky old man .
Look closer . . . . see .. .. . .. …. . ME!!

Remember this poem when you next meet an older person who you might brush aside without looking at the young soul within. We will all, one day, be there, too!

PLEASE SHARE THIS POEM (originally by Phyllis McCormack; adapted by Dave Griffith)

The best and most beautiful things of this world can’t be seen or touched. They must be felt by the heart!

Very Respectfully,
Scott Sonnon

www.breathinggift.com

(Facebook: 27 July 2012)

Read Full Post »

Older Posts »