Feeds:
Posts
Comments

Archive for May, 2011

Some nonverbal signals are universal while some very cultural specific. Nevertheless, a good communicator, especially teachers/lecturers, managers, business persons, should be aware of the body language when they interact with other people.  Knowing knowing what, when, and how to use use appropriate signals and being able to interpret the signals will increase the level of the effectiveness of our communication with other people.

Some of the nonverbal signals that we have to pay attention to are:

  • eye contacts
  • shake hand
  • facial expressions
  • postures, body positions
  • gestures, hands movement
  • rate of speech
  • intonation patterns of your speech
  • proximity,  space or distance

Watch these selected videos

The meaning of some body language signals

The meaning of hand gestures

Top 10 mistakes in our body language

Top keynote speakers – How to read nonverbal signals

Read Full Post »

Protected: Schedule 13

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Read Full Post »

The research is on e-Learning in Malaysian Higher Education Institutions: Status, Trends, & Challenges. You read the whole book at http://www.scribd.com/doc/53498507/E-learning-in-Malaysian-Higher-Education-Institutions

Research date: end 2010-early 2011
3 sets of questionnaires (E-Learning Admin, Lecturer and student)
7,962 survey respondents (26 e-Learning administrators, 1,635 lecturers and 6,301 students) from a sample of 30 Malaysian Higher Education Institutions (HEIs), comprising 20 public HEIs, 7 private HEIs, and 3 polytechnics.

Read Full Post »

Petikan dari artikel: Supyan Hussin. 2009. Pengendalian Forum Atas Talian. Dlm Mohamed Amin Embi. (2009) Panduan Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan. (177-188). Bangi: Pusat Pembangunan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia. ISBN 978-967-5048-64-7.

[Pertama, kita dapati bahawa e-forum bukanlah semata-mata pertukaran ide, maklumat, mesej, atau soalan di kalangan pelajar. Ia akan dilihat amat bermakna dan bermanfaat sekiranya e-forum mempunyai kaitan rapat dengan aktiviti seperti kuliah, tugasan, dan penilaian dalam kursus yang sama. Dengan itu, pelajar akan dapat memberi tumpuan lebih baik kepada e-forum. Proses berfikir secara aktif untuk mengaitkan antara satu aktiviti dengan aktiviti yang lain akan menjadikan mereka pelajar menghargai ilmu pengetahuan dan input yang diberikan.

Kedua, e-forum tidak harus dijalankan sebagai aktiviti sampingan atau ad hoc sedangkan manfaatnya adalah terlalu besar.  Dalam ertikata lain, e-forum tidak boleh terpisah dari aktiviti lain dalam kursus yang sama. Ia juga harus diberikan ganjaran markah atau gred yang munasabah agar ia menjadi insentif untuk meningkatkan tahap motivasi pelajar untuk terus terlibat dalam e-forum.  Secara tidak langsung pelajar akan terus aktif menyumbang kepada perbincangan dalam e-forum. Penglibatan mereka harus dilihat sebagai sumbangan ilmu yang kecil dan terpisah tetapi akan dapat bertaut dengan yang lain untuk membentuk gambaran ilmu pengetahuan yang lebih besar mengenai subjek bahasa atau pengajian bahasa.

Ketiga, jumlah masa yang diberikan oleh pelajar untuk mengakses e-forum, membaca serta meneliti input/mesej yang diberikan oleh rakan e-forum, dan memberi respon kepada mesej/input adalah suatu yang berbaloi dan perlu diberikan ganjaran yang setimpal. Pengalaman masa lalu mendapati markah 5% bagi penglibatan dalam e-forum adalah terlalu rendah dan tidak berbaloi serta tidak menggalakan pelajar untuk terlibat sama dalam e-forum. Paling minima markah yang dianggap berpatutan ialah antara 10-15%. (Supyan  2006b, 2007). Markah lebih tinggi akan menjadi satu insentif yang mendorong pelajar untuk aktif dalam penyertaan e-forum. Biarpun begitu, markah tinggi bukan satu-satunya elemen ekstrinsik dalam memotivasi pelajar. Penghargaan dari guru juga boleh berlaku dalam bentuk pujian kepada pelajar dalam e-forum, menyatakan persetujuan pendapat dengan sesuatu pandangan, dan pengesahan kepada apa yang disampaikan oleh pelajar, sekaligus dapat menarik perhatian pelajar dan mempengaruhi sikap pelajar terhadap aktiviti e-forum.

Keempat, penilaian ke atas pencapaian pelajar dalam e-forum tidak harus menghukum penguasaan bahasa pelajar yang lemah jika tujuan e-forum ialah untuk menarik pelajar untuk memberi pandangan dan ide. Kesilapan nahu, ayat tergantung, ringkasan perkataan, dan ayat struktur tidak formal yang dilakukan oleh pelajar tidak harus diberikan penalti kerana ia akan melemahkan semangat pelajar dan membimbangkan pelajar untuk mengambil bahagian dalam e-forum. Apa yang lebih utama ialah penglibatan aktif mereka dalam e-forum dengan penekanan kepada kandungan yang baik dan bukannya ketepatan dalam penggunaan berbahasa, walaupun ketepatan itu pastinya dapat membantu memudahkan lagi orang lain memahami mesej/input yang disampaikan. Menurut Krashen (1981) dalam Teori Monitor, dalam situasi yang lebih formal, ketepatan berbahasa adalah perlu khususnya untuk pelajar penutur bahasa kedua untuk memelajari input bahasa yang betul.

Supyan (2007) mendapati sekitar lima puluh peratus dari 77 responden dalam kajiannya di UKM menyatakan bahawa e-forum tidak banyak membantu mereka memperbaiki penguasaan berbahasa Inggeris kerana sebahagian rakan forum hanya melakukan ‘cut-paste’ atau ‘copy-paste’ maklumat dari pelbagai laman web meskipun mereka tetap memberikan URL berkenaan. Di sinilah pengajar perlu mengambil peranan untuk memastikan pelajar melangkah ke depan untuk mencetuskan soalan-soalan tambahan supaya pelajar dapat memberi pandangan mereka sendiri setelah membaca kandungan input dalam e-forum. Manakala responden selebihnya berpendapat bahawa e-forum membantu mereka dalam memperbaiki tahap penguasaan bahasa Inggeris mereka kerana mereka dapat belajar dari kesalahan nahu dan bahasa yang dilakukan oleh rakan mereka dalam e-forum; dapat berlatih membaca dan mengaplikasi kemahiran berfikir berdasarkan taksonomi Bloom di mana mereka perlu mengenalpasti maklumat yang perlu dari jutaan maklumat di Internet, mengklasifikasi maklumat, membuat perbandingan, menganalisis, mensintesis, menkonsepsikan semula maklumat berkenaan, dan seterusnya membina semula maklumat dalam pakej yang boleh difahami oleh mereka untuk dipersembahkan kepada e-forum. Dalam hal ini, menurut mereka, pelajar boleh berlatih menulis dalam bahasa kedua dalam menyampaikan pandangan mereka di dalam e-forum dengan mengambilkira pengunaan nahu dan bahasa yang betul sebaik mungkin.

Yang akhir sekali untuk kali ini ialah peranan pengajar haruslah jelas kepada pelajar. Dalam e-forum, pengajar bertindak sebagai pembimbing dan pemudahcara. Pengajar tidak perlu mengajar dalam e-forum sepertimana mereka lakukan dalam bilik kuliah. Tetapi pengajar harus memanjangkan perbincangan dari bilik kuliah kepada e-forum untuk memantapkan kefahaman dan mengkayakan ilmu pengetahuan dengan meminta pelajar mendapatkan maklumat lanjut dari Internet dan berkongsi maklumat mereka dalam e-forum. Pengajar juga perlu mencetuskan soalan-soalan dan penyataan yang menjadi stimuli untuk menarik perhatian pelajar dan mendorong pelajar untuk memberi respon mereka kepada input dalam e-forum. Soalan-soalan ini diharapkan dapat meluaskan zon perkembangan berpotensi untuk pelajar yang bersedia memberikan masa dan usaha tambahan dalam e-forum. Selain daripada itu, hasil perbincangan yang bertali arus melibatkan maklumat baru yang tidak dibincangkan dalam kuliah boleh dijadikan sebahagian dari kuiz atau soalan peperiksaan. Dengan itu, pelajar tidak akan pandang sepi kandungan e-forum. Dalam masa yang sama pengajar tidak perlu bersikap jumud apabila mengendalikan e-forum. Sekiranya pengajar telah menggariskan peraturan awal sebagai panduan kepada pelajar untuk mengambil bahagian dalam e-forum, isu-isu rutin harian, politik, agama, sosial dan lain-lain yang tidak berkaitan dengan kursus dapat dielakkan. ]

Bagaimana membina e-forum atau diskusi atas talian menggunakan Yahoogroups?

URL: http://www.youtube.com/watch?v=JrBnTAhD61k

Artikel penuh dalam Bahasa Melayu (…)

Artikel dalam Bahasa Inggeris yang telah diterbitkan dalam Journal

Read Full Post »

Or you can also go to goggle.doc to see the file

Read Full Post »

Wikispaces.com offers teachers to design their own content for their own purpose.  Teachers can use Wikispaces.com for teaching, counseling, mentoring, and discussion.

Teachers can upload images, documents, audio, video, and more — and add them directly to their pages.

Wikispaces.com  provides unlimited pages and its stellar visual editor for FREE. The content will be saved in its server for FREE. Try it out!

Wikispaces.com include:

  • Easy WYSIWYG Editing
  • Unlimited Members
  • Unlimited Pages
  • 2+ GB File Storage
  • Built-In Discussion Forums
  • Super-Fast Support

Read Full Post »