Feeds:
Posts
Comments

Archive for April 23rd, 2024

Negara Singapura dulu, namanya adalah Temasek adalah asalnya milik Kesultanan Johor. Ia dipenuhi dengan kampung-kampung Melayu yang merupakan penduduk asal dan penduduk di Alam Melayu sebelum adanya negara Malaysia, Singapura, Indonesia atau Brunei.

Temasek adalah satu pulau di Alam Melayu yang merupakan sebahagian dari Semenanjung Tanah Melayu terpisah oleh Selat Tebray. Semasa Belanda sampai ke Temasek, para ilmuwan Belanda menyatakan ia adalah sebuah pelabuhan kecil yang sibok. Di zaman Empayar Melaka, Selat Melaka lebh terkenal dari Selat Terbrau. Selat Melaka menjadi pusat perdangangan dan pelabuhan antarabangsa yang menghubungkan Barat dan Timur. Manakala Selat Tebrau adalah pelabuhan kecil yang bersambung dari Selat Melaka yang lebih luas dan besar dari Selat Tebrau.

Apabila Inggeris sampai ke Alam Melayu, mereka berebut tanah-tanah di Alam Melayu. Pada awalnya Inggeris menguasai Batawi iaitu Pulau Jawa, manakalan Belanda menguasai Melaka, Singapura, dan Sumatera. Melalyu perjanjian Inggeris Belanda, Melaka dan Singapura diserah kepada Inggeris manakala Batawi diserah kepada Belanda.

Susulan dari itu, Inggeris telah mengambilalih pelabuhan Singapura dan Melaka dari Belanda. Ahli sejarawan Inggeris mendakwa Sir Stamford Raffles “menjumpai” Singapura dan “membuka” Singapura yang dulunya, mengikut naratif Inggeris, adalah kampung-kampung nelayan yang kecil. Di sinilah penipuan dan penyelewengan ‘fakta sejarah” oleh ahli sejarawan Inggeris sedangkan Belanda sampi lebih dahulu dari Inggeris ke Singapura, dan ahli sejarwan Belanda mengatakan Singapura adalah sebuah pelabuhan kecil. Ia bukan kampung biasa, bukan kampung nelayan, tapi sebuah pelabuah yang sudah tentu sibok dengan kapala-kapal bersimpang siur melalui Selat Tebrauu.

Read Full Post »