Semua orang “sakit”.
Sakit itu sunnatullah, sebab manusia itu sifatnya tidak sempurna, fana, hancur dan mati. Manusia itu sama seperti semua benda di alam ini, iaitu “wear an tear”.
Setiap benda akan rosak di telan masa. Anggota badan dan komponen serta elemen dalam tubuh juga akan lemah dan rosak apabila sampai masanya. Jadi apabila ini berlaku maka disebut sakit.
Bila sakit ada dua perkataan yg rapat dengannya: penawar dan ubat. Penawar dan ubat tidak akan wujud kalau tiada sakit.
Tapi apa makna sakit? Pada literal? Fizikal? Fisiologi? Hati? Jiwa? Roh? Mental?
Apakah satu aliran ilmu dan amalan perubatan sahaja yg boleh diterima untuk merawat semua penyakit?
Apakah ada sempadan pada sakit?
Apakah ada sempadan dan pada ubat? Pada penawar?
Apakah penawar dan ubat yang menyembuhkan?
Apakah noktah pada sakit?
Apakah faktor tempoh masa penyembuhan boleh dikawal oleh manusia?
Apakah benar baca ayat itu atau ayat ini boleh menyembuhkan penyakit itu dan ini?
Kalau sakit itu sunnatullah
Maka mencari penawar atau ubat atau rawatan adalah sunnah, satu tuntutan Iman.
Mencari dan mencari itu ialah konsep mencari sesuatu yang lebih bagus dan lebih baik dan lebih berkuasa, lebih powerful ….. Akhirnya akan sampai kepada Maha Berkuasa… Maha Penyembuh
Dalam usaha itu perlu sabar, Reda, cekal, berserah pada Allah… Nabi ayub a.s. “sakit” 7 setengah tahun. Adakah dia usaha cari rawatan?
Ada pesakit jumpa berbelas perawat termasuk perawat yang mashyur tapi belum sembuh… Dan akhirnya bertemu seorang perawat yang tidak terkenal pun tapi lepas tu sembuh….Dan kalau pesakit itu kata perawat inilah yang menyembukannnya… Maka rosak lag aqidahnya.
Kalau perawat itu pula kata dia yg rawat pesakit itu hingga sembuh.. Dia sembuh di tangan saya…. Maka rosak juga aqidahnya
Ada satu konsep “Allah belum izin untuk sembuh” untuk pesakit dan perawat perlu faham…. Nabi Ayub a.s… Kesnya belum nak sembuh… Tapi bila sampai masanya barulah sembuh
Nabi Ayub a.s. tak pernah mohon kesembuhan dari Allah… Malah dia sebut syukur kerana dengan sakit itu dia akan selalu ingat Allah, dekat dgn Allah…
Lapiklah penyataan kita… “Dengan izin Allah”…
Itu tahap Nabi ayub a.s. Jadi sabar, reda, cekal, pasrah. Seerah Nabi Ayub mengajar org awam akan konsep sabar, Reda, dan pasrah
Seerah Nabi s.a.w…melengkapkan Seerah Nabi Ayub a.s.
Tahap Nabi s.a.w. berdarah dibetis terkena lontaran batu di Thaif, patah gigi dlm perang uhud dan sakit kena racun pada daging yg di sihir… Cari rawatan dan penawar… Selain dari sabar, cekal dan pasrah
Salah satu dari 7 punca sakit ialah sakit kerana ujian dari Allah, ujian Iman macam Nabi Ayub, ujian untuk hapuskan dosa lama dan angkat darjat Iman dan kedudukan pesakit di sisi Allah KALAU pesakit itu sabar, cekal pasrah dan usaha mendapatkan rawatan
Noktah kepada sakit bukan kesembuhan tapi MATI…. MATI itu menghentikan sakit dalam dunia fana….SAKIT dalam alam barzakh tiada ubat melainkan taubat, amal soleh dan amal jariah semasa hidup
Ada orang kelihatan sihat fizikal, tapi sakit mental, sakit jiwa, sakit rohani… Tiga penyakit tak nampak pada mata kasar…. Ada orang kelihatan sihat tapi dia menyorokkan sakitnya…..
Bagi doktor alopati setelah semua usaha rawatan dan ujian dibuat tapi tak boleh sembuh juga… Akhirnya ada saja katanya:
“Pesakit ni sakit jiwa, rujuk ke piskitris”
atau
“Pesakit ni tak boleh dirawat dah, cari perubatan kampung…..” Ketika ini doktor alopati percaya akan perubatan kampung iaitu perubatan “tradisional”… Perubatan komplementari…. Dia tak sebut etno-sains sebab tiada dalam vocab masa mereka belajar ijazah perubatan dulu.
Jenis pesakit ini biasanya pesakit yg kena gangguan dan kena sihir…. Ubat hospital tak lut, tidak mampu tanganinya.
Leave a comment