Feeds:
Posts
Comments

wasiat-sultan-2

Kenyataan Kementerian Kesihatan Kesihatan (KKM) baru-baru ini agar diberikan kelonggaran syarat lulus Bahasa Melayu tahap SPM kepada kakitangan kontrak khususnya doktor pelatih (housemen) untuk berkhidmat di hospital kerajaan mengundang kontroversi. Ia bertolak dari kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan semalam berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah memberi persetujuan untuk kelonggaran syarat itu pada 23 Feb lalu untuk pelantikan secara kontrak ke jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41 di Kementerian Kesihatan. Perubahan polisi ini teleh mencetuskan satu gelombang yang boleh mencemaskan banyak pihak sehingga kabinet terpaksa bermesyuarat dan akhirnya menolak cadangan ini pada 5 Julai 2017.

Alangkah baik kalau KKM merujuk dulu kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi, Dewan Bahasa dan Pustaka, pakar-pakar bahasa dan pendidkan di universiti sebelum membuat perubahan polisi yang berkaitan dengan syarat lulus Bahasa Melayu. Kadang-kadang kita terlupa bahawa isu Bahasa Melayu ini adalah satu isu sensitif kerana ia merupakan salah satu wasiat raja-Raja Melayu agar ia dipulihara dan dipertahankan status dan martabatnya.

Wasiat Raja-raja Melayu merujuk kepada 7 wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 .

  1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);
  2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;
  3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
  4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;
  5. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;
  6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;
  7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Dalam satu majlis pelancaran 3 buku Allahyarham Prof Datuk Dr Syed Hussein Alatas, berjudul Mitos Peribumi Malas, Intelektual Masyarakat Membangun, dan Rasuah : Sifat, Sebab dan Fungsi, sempena Seminar Antarabangsa Legasi Pemikiran Syed Hussein Alatas di Dewan Bahasa dan Pustaka  pada 5 Ogos 2009,  Raja Nazrin mengingatkan kita sebelum merdeka terdapat Wasiat Sembilan Raja Melayu itu terdiri dari empat Negeri Melayu Bersekutu dan lima Negeri Melayu Tidak Bersekutu, disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu, yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu.

Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan, dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaultan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu.

Raja Nazrin Shah telah merujuk kepada :

  1. Perkara 3 (1) (2) (3) dan (5)
  2. Perkara 11
  3. Perkara 12
  4. Perkara 38 (5)
  5. Perkara 152
  6. Perkara 153
  7. Perkara 181 (1).

Fasal-fasal ini memerlukan izin Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan.

7 Wasiat yang diterjemahkan dalam perlembagaan persekutuan adalah:

  1. Malaysia –Perkara 1 (Nama, Negeri-negeri dan Wilayah-wilayah Persekutuan)
    –> Persekutuan dinamai Malaysia pada 16 September 1963. Negeri-negerinya terdiri daripada Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu.
  2. Tanah Simpanan Melayu – Perkara 89 (Tanah Rizab Orang Melayu)
    –> Mana-mana tanah di sesuatu negeri yang menjadi tanah rizab orang Melayu sebelum hari merdeka mengikut undang-undang yang ada, maka tanah itu boleh terus-menerus menjadi tanah rizab orang Melayu mengikut undang-undang itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Badan Perundangan Negeri dengan suatu Enakmen.
  3. Rejimen Askar Melayu – Seksyen 16(1) Akta Angkatan Bersenjata 1972
    –> Seksyen tersebut menyatakan “Mana-mana orang boleh diambil masuk ke dalam angkatan tetap; dengan syarat bahawa hanya orang Melayu boleh diambil masuk ke dalam Askar Melayu Diraja”. Askar Melayu Diraja diilhamkan pada tahun 1902 dan ditubuhkan pada tahun 1932 di bawah Malay Regiment Ordinance. Pasukan pertama Askar Melayu Diraja terdiri daripada 23 orang dan meningkat kepada 2 batalion pada tahun 1941. Askar Melayu Diraja pernah berperang dengan tentera Jepun di Pengkalan Chepa, Kelantan dan di Singapura dalam Perang Dunia Kedua. Angkatan Tentera Malaysia terdiri daripada tiga perkhidmatan iaitu udara, darat dan laut yang semuanya terbuka kepada semua kaum. Askar Melayu Diraja hanya satu komponen dalam pelbagai bidang ketenteraan dan berperanan mempertahankan negara dari ancaman dan pencerobohan dari luar negara tetapi tidak terlibat dalam ketenteraan awam dan keselamatan dalam negara.
  4. Raja-Raja Melayu – Perkara 32 (Kepala Utama Negara Bagi Persekutuan dan Permaisurinya)
    –> Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelar Yang di-Pertuan Agong yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan. Raja Permaisuri Agong mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja selama tempoh jawatan lima tahun.
  5. ISLAM – Perkara 3 (Agama bagi Persekutuan)
    –> Islam ialah agama bagi persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Raja/Sultan di setiap negeri ialah Ketua Agama Islam bagi negerinya dan bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja/Sultan, Yang di-Pertuan Agong adalah ketua Agama Islam negeri itu termasuklah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
  6. Bahasa Melayu – Perkara 152 (Bahasa Kebangsaan)
    –> Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah Bahasa Melayu. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam. Pindaan kepada perkara ini tidak boleh diluluskan dengan tiada perkenan Majlis Raja-Raja.
  7. Kedudukan Istimewa Orang Melayu Dan Kepentingan Sah Kaum-Kaum Lain – Perkara 153 (Perizaban Kuota Mengenai Perkhidmatan, Permit dan Sebagainya untuk Orang Melayu)
    –> Perlembagaan Persekutuan memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera mana-mana negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan rizab kuota orang Melayu dan bumiputera dalam perkhidmatan awam, kemudahan pelajaran, permit dan lesen perniagaan.

Usaha mencabar syarat lulus Bahasa Melayu dalam perkhidmatan kerajaan adalah satu percubaan yang boleh dianggap menghina Bahasa Melayu yang telah termaktub kedudukannya dalam Perkara 152 Perlembagaan. Oleh itu sebarang usaha untuk mengubah sesuatu polisi berkaitan dengan status Bahasa Melayu, maka hendakalah dibuat dengan hati-hati dengan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan.

photo_2017-07-06_08-45-55

Syarat lulus Bahasa Melayu ini dianggap amat minima bagi rakyat Malaysia yang tidak mengambil SPM kerana mereka mengikuti pelajaran sekolah  menengah di luar negara dan kembali ke tanah air dengan ijazah pertama atau kedua dan berhasrat untuk berkhidmat dalam sektor awam.  Mereka dikehendaki mengambil kertas Bahasa Melayu tahap SPM dan lulus sekirangya mereka ingin berkhidmat dengan sektor awam, tetapi mereka juga ada pilihan untuk berkhidmat dengan pihak swasta yang tidak memerlukan syarat lulus Bahasa Melayu peringkat SPM.

Sumber:

Advertisements

photo_2017-06-28_08-25-21

photo_2017-06-28_08-25-22

Seminar Warisan Perubatan Tradisional Pelbagai Budaya di Malaysia
Universiti Malaysia Sabah 6 April 2017
Projek Hologram LRGS USM-UKM

Visit this excellent site that offers you to practice  speaking English correctly. If you are an English language teacher, you can use this site to train your students to articulate English words correctly with appropriate intonation of the words in the sentences.

englishspeak

You can also download this mobile apps from Google Play and train yourself or your students to practice and improve their articulation of words and sentences in English correctly.

16938827_1253815041340633_226651727554038864_n16998927_1253815244673946_9093697168585385047_n

Meaningful understanding of a language is an outcome of the interaction of three elements: grapho-phonemic, syntax, and semantic. Grapho-phonemic: ability to recognize the text and sound of the words. Syntax: ability to construct sentences grammatically. Semantic: ability to use correct word choices, correct intonation patterns, and correct grammar in appropriate contexts. Technology can help language learners to enhance their mastery of the target language.
  • In audio-lingual method, language lab, audio cassette, and CD/DVD are excellent tools.
  • In communicative approach, TV, videos and now YouTube are great tools.
  • In eclectic approach, MULTIMEDIA PLATFORM that combines texts, audios, videos, graphics, and animations constructed in structured and integrated lessons in websites and mobile apps IS A MARVELOUS TOOL